Sabtu, Oktober 23, 2010

Asmara - Slot Lestari TV3

Aku jarang tonton slot Lestari di TV3 sebab aku ada kelas sebelah malam. Tapi, bila tengok iklan drama ni kat TV aku jadi berkenan pula nak tengok! Heheheh semuanya kerana aku memang suka lagu 'Menyesal' (6ixth Sense) yang jadi theme song drama ni. Kat bawah ni aku copy + paste sinopsis drama ni.

Sinopsis ASMARA di Slot Lestary TV3 
Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. 
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
 Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan.

Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak. Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan. Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara. 
Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?

Berminat? Jom tonton sama-sama. Selalunya aku akan layan catch up TV di tonton.com.my. Oklah. Setakat episod 7 yang aku tengok, cerita ni best. Cuma kadang-kadang ada scenes yang slow sikit dan melambatkan jalan ceritanya. Yelah, jenuh jugak nak tahu apa jadi sebab cerita ni seminggu sekali je.


Mengapa korang kena tengok cerita ni?
  • Terbitan Suhan Movies
  • Skrip oleh Syarifah Abu Salem
  • Barisan pelakon yang boleh & pandai berlakon :) Faezah Elai, Shaz Jazle, Dian P. Ramlee, Fauziah Nawi, Fiza Elite
p/s: kalau tak ada yang berkenaan, maknanya drama ni tak sesuai untuk tontonan korang :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.