728 x 90

Sabtu, 30 Mac 2013

'Paper Scoring', 'Scorer' & 'Scoring Board'

'Paper Scoring' merupakan salah satu teknik asas dalam kraf kertas. Apa yang dimaksudkan dengan 'paper scoring' adalah membuat tanda pada kertas atau kad sebelum melipat supaya hasil lipatan lebih kemas. Contohnya, apabila kita hendak membuat kad ucapan, teknik ini digunakan sebelum kita melipat kad kepada dua bahagian.

Lipatan pada kad yang tidak menggunakan teknik 'scoring'.

Hasil lipatan yang menggunakan teknik 'scoring'.




Alat yang digunakan untuk membuat 'scoring' dipanggil 'paper scorer'. Ada pelbagai 'paper scorer' di pasaran. Antaranya:

(1) Bone Paper Scorer

Bone Paper Scorer
Cara menggunakan bone paper scorer.

Kredit Imej


(2) Multipurpose Trimmer (Scorer & Cutter)

Kredit Imej
'Trimmer' sebegini mempunyai dua fungsi - memotong (trim) kertas dan membuat tanda lipatan (score) pada kertas. Mata 'trimmer' perlu ditukar mengikut fungsi yang dikehendaki.


(3) Scoring Board

Kredit Imej

Membuat tanda untuk lipatan lebih mudah dengan scoring board kerana mempunyai landasan berlekuk dan pembaris pengukur.
Kredit Imej

Pilihan terbaik tentunya 'scoring board'. Senang nak fold cards/envelopes, nak buat paper boxes dan craft embelishments. Tetapi bergantung pada budget kita jugalah. Sekiranya tidak mampu untuk beli 'scoring board', 'bone paper scorer' sudah memadai untuk hasilkan 'papercraft' yang menarik. Pandai-pandailah guna kreativiti masing-masing :)





Donut Keju


Hmm,..bagi yang nak ubah selera, bolehlah buat donut cheese ni untuk hidangan minum petang. Tak susah pun. Gunalah mana-mana resepi donut yang kalian ada, cuma jangan diterap guna 'doughnut-cutter'. Bulat-bulatkan macam nak buat pau. Then, letakkan keju keping yang telah dipotong kepada beberapa bahagian sebagai intinya. Boleh guna Chesdale atau Kraft. Kalau nak yang a bit salty, boleh guna Mother's Choice. Untuk buat donut keju ni tidak disarankan guna keju blok sebab kejunya susah sikit nak cair apabila kita goreng. (Tak dapatlah efek keju meleleh tu masa makan nanti hehehe).

'Seangkatan' donut keju sedang direhatkan :)

Jemput makan! Sedap, tau! Penggemar keju tegar mesti sukalah donut nih.

Seeloknya, hidangkan donut ketika masih suam. Barulah yummy! Sebabnya, once dah sejuk, keju di dalam donut akan mengeras semula. So, tak syok sangatlah. Nway, saya rasa kalau buat untuk jamu anak-anak mesti tak sempat sejuk dah licin-licau heheheh. Tetapi, hati-hati... Jangan terus dihidang sebaik angkat dari kuali. Suhu keju cair yang agak tinggi boleh buat kalian melecur.


Selasa, 12 Mac 2013

Sambal Tempe Mudah

Saya memang suka sangat dengan tempe. Tak kisahlah dimasak dengan cara apa sekalipun. Tempe goreng biasa ke....berempah ke...gulai tempe ke....semua saya suka! Hari ni kita story tentang Sambal Tempe lah ye.


Bahan-bahan:
  • 2 - 3 paket tempe 
  • Minyak masak (untuk goreng tempe dan tumis cili)
  • 25 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kisar cili kering, bawang besar & bawang putih. 
  2. Tempe dipotong nipis. Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng sehingga rangup. Ketepikan.
  3. Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan pecah minyak. Masukkan cuka. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila sambal sudah masak, masukkan tempe dan gaul rata.
  4. Sedia untuk dimamam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...