728 x 90

Isnin, 31 Mac 2014

Promosi Material & Peralatan Kraf di POPULAR

Hari ini saya perlu hantar ibu ke PPUM untuk check-up. Sementara menunggu, saya dan Bott sempat curi peluang ke Ikano Power Centre (IPC). Singgah POPULAR. Sekarang sehinggalah 20 April nanti, ada promosi potongan 25% untuk barang dan peralatan kraf keluaran POPULAR. Masa inilah, jika ada duit lebih, saya akan beli embelishments, decorations dan peralatan kraf yang selama ini saya idamkan.

Pembelian berbaloi saya untuk kali ini ialah 'glue tape refills' dan 'Deep Edge Border Punch'. Sekotak 'glue tape refills', ada 10 isian semula + 2 lagi isian semula percuma. Harga biasa sekitar RM40 dan paling murah pun dalam RM35/kotak. Tapi promosi kali ni, harganya jatuh hingga RM29.95. Puas hati saya dapat beli sekotak buat stok. Untuk paper-crafts, kita memang akan banyak gunakan 'glue tape', jadi bila ada peluang macam ni memang kena grab.
Glue tape yang biasa saya gunakan. Brand 'norino'.

'Deep edge border punch' pula memang dah lama saya aim nak beli. Tapi selalu berkira-kira. So, hari ini saya pilih design punch yang paling saya suka dan beli. Harga asal RM39.90 dan selepas potongan 25%, harganya RM29.90.

Border punch setelah 'dipandu uji'.

Dhia & Sad Smiley


Ini Dhia. Masa ni Dhia dan rakan-rakannya sedang belajar tentang 'Likes & Dislikes'. Semasa aktiviti, setiap seorang diberi sebatang lidi dengan wajah Happy Smiley untuk mewakili 'Likes' manakala Sad Smiley untuk 'Dislikes'. Saya akan sebut nama-nama makanan. Mereka dikehendaki menggunakan smiley tu untuk nyatakan sama ada mereka suka makanan tersebut atau tidak.

Apa yang mencuit hati saya, setiap kali Dhia pilih Sad Smiley untuk makanan yang tidak digemarinya, Dhia akan turut buat muka sedih. Real sangattttt! Aksi Dhia buat saya benar-benar terhibur!


Guitar Chords 'Bila Tiba' - Ungu (Easy Chords)

Guitar Chords 'BilaTiba' - Ungu (OST Sang Kiai)

Dapatkan guitar chords 'Asmara Terindah' - Ungu di sini.

(Intro)
Am Dm G C
F Dm E

Am Dm G
Saat tiba nafas tiba diujung hela
C F
Mata tinggi tak sanggup bicara
Dm E
Mulut terkunci tanpa suara

Am Dm G
Bila tiba saat berganti dunia
C F
Alam yang sangat jauh berbeda
Dm E         
Siapkah kita menjawab semua pertanyaan

Dm G C F Dm C E

Am Dm E
Bila nafas akhir berhenti sudah
C F
Jantung hati pun tak berdaya
Dm E
Hanya menangis tanpa suara

[Chorus]
Am Dm G
Mati, tak bisa untuk kau hindari
C F
Tak mungkin bisa engkau lari
Dm E
Ajalmu pasti menghampiri

Am Dm G
Mati, tinggal menunggu saat nanti
C F
Kemana kita bisa lari
Dm E
Kita pasti kan mengalami mati

Am Dm G C F Dm B E

[Chorus]
Am Dm G
Mati, tak bisa untuk kau hindari
C F
Tak mungkin bisa engkau lari
Dm E
Ajalmu pasti menghampiri

Am Dm G
Mati, tinggal menunggu saat nanti
C F
Kemana kita bisa lari
Dm E
Kita pasti kan mengalami mati


[Outro] 
Dm G C F
Dm C B E
Am Dm G C
F Dm B E
Am

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Ahad, 30 Mac 2014

'Masking Tapes' untuk Kraf

Sebahagian daripada koleksi saya. Paling suka not muzik & biri-biri comel tu.
'Masking tapes' untuk kraf berbeza dengan 'masking tape' biasa (yang macam plaster berwarna putih tu). 'Masking tapes' untuk kraf atau turut dikenali sebagai 'washi tapes' (yang diperbuat daripada kertas beras) didatangkan dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Pita ini boleh dikoyak dengan tangan dan mudah ditanggalkan semula. Of course, digunakan secara meluas dalam projek kraf dan D.I.Y seperti buat hiasan pada kad ucapan, cupcake toppers dan fridge magnets. Malah, 'masking tape' ini sesuai digunakan untuk aktiviti bersama anak-anak misalnya buat bekas pensel dan hias alat tulis seperti pensel, pen dan buku nota harian supaya lebih menarik!

Kredit Imej: http://bellablvd.typepad.com/
Kredit Imej: http://www.kikilacocotte.com/
Kredit Imej: http://creativemeinspiredyou.com/

Saya baru nak berjinak-jinak dengan 'masking tapes'. Sekarang ini dalam proses untuk kumpul lebih banyak tapes yang cantik-cantik.

Setakat ni saya guna 'masking tapes' untuk:

  • Buat tag hadiah (gift tag)/ kad


  • Photo Frames/Borders

  • Hias Kad Ucapan
 


Ahad yang Santai



Hari ni memang saya tak lakukan apa-apa yang produktif pun kecuali masak untuk dinner
Entah kenapa mood malas datang menyerang,...
mungkin sebab dua tiga minggu ni saya tak cukup rest + tidur, jadi hari ni saya tidur sepuas-puasnya! 
Yuri pun joined sama mission santai Ahad saya :)


Sabtu, 29 Mac 2014

Jadikan Earth Hour Masa untuk Keluarga


Earth Hour 2014
Sabtu, 29 Mac 2014
8.30 - 9.30 malam

60 minit sahaja. Tak lama pun. Jadi, apa salahnya kita sama-sama luangkan masa untuk sokong acara ini. Tak susah. Bermula 8.30 malam hinggalah ke 9.30 malam, tutup semua lampu-lampu yang tidak digunakan di rumah. Kalau nak tengok TV ke, nak menghadap laptop ke tak ada salahnya, tetapi biarlah kita dalam keadaan bergelap untuk seketika. Lampu ruang tamu, lampu kat porch, lampu bilik atau lampu-lampu lain yang kita biasa biarkan terpasang, kita tutup. Mana tahu, secara tak langsung dapat didik kita untuk jimatkan sumber tenaga pula.

Selain itu, acara 1 jam ini boleh dijadikan sebagai acara bersama keluarga. Jadilah kreatif sikit. Fikirkan aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama pasangan dan anak-anak. Antara yang boleh dirancang:

  • Buat game night. Main board game ke, charade ke,..apa-apalah yang kalian rasa setiap ahli keluarga boleh enjoy.
  • Tonton TV sama-sama.
  • Outing - bawa family pergi keluar ke KLCC atau mana-mana lokasi menarik yang sokong Earth Hour. Biarkan anak-anak teruja tengok 'lights off'.
  • Buat candle light dinner untuk the whole family. 
  • Bersantai di luar rumah. Minum teh & makan snek, sembang-sembang,...borak-borak...

Yang penting, at the end of the day,..kita akan spend quality time dengan family. Itu yang betul-betul priceless.

HAPPY EARTH HOUR!

Jumaat, 28 Mac 2014

Resepi Mudah Ikan Terubuk Masin

Sebelum ini saya pernah tulis entri mengenai Ikan Terubuk Masin Goreng Rangup. Alhamdulillah, baru-baru ni dapat rezeki ikan terubuk masin lagi. Selepas dibuang sisiknya, saya salut nipis dengan tepung jagung dan goreng sehingga rangup. Kemudian, potong bulat bawang, cili api (terpulang nak banyak mana) dan tumiskan sekejap. Tuang atas ikan masin tadi. Perahkan dengan jus limau kasturi.


'Saya Buat Sendiri' - With Love Card


Projek kad saya hari ni. Baru jer siap. Tengah tunggu 'butterfly' kering.

Handmade Greeting Card - 'With Love'
Theme: Blooming Love

Three Blind Mice - Easy Guitar Chords

Selasa lepas, my kids belajar 'Three Blind Mice'. Kelakar juga tengok mereka tergeliat lidah nyanyi ikut petikan gitar. Itu pun saya dah slowkan temponya. We had fun! Kudos, kids!


Guitar Chords Three Blind Mice

C G C
Three blind mice.
C G C
Three blind mice.
C G7 C
See how they run.
C G7 C
See how they run.
C G7 C
They all ran after the farmer's wife,
C G7 C
Who cut off their tails with a carving knife,
C G7 C
Did you ever see such a sight in your life,
C G C
As three blind mice.

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
 

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway




Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)




Ucapan buat Mr & Mrs Hafiezy

Semoga dengan bertambahnya usia perkahwinan, kalian akan lestari bahagia, 
... semakin disayang Allah dan menyayangi Allah,
... terus dilimpahi cinta kasih sedalam cinta kasih Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha, 
...sentiasa diberkati dengan rahmat seperti rumah tangga Rasulullah dengan Siti Khadijah.


Saya Climacophobia?

Kredit Imej: properti.kompas.com

Betul ke? Saya baru baca satu artikel tentang 'climacophobia'. Apa ke bendanya tu? Well, climacophobia ni sebenarnya sejenis fobia - fear of stairs, fear of climbing stairs, and fear of falling down stairs. Hahahaha,.. takut dengan tangga, takut nak naik tangga dan takut jatuh tangga! Seriously?! Ada juga jenis fobia macam ni ye!

Simptom-simptom 'climacophobia' berbeza bagi setiap orang. Antara simptomnya termasuklah 'extreme anxiety', perasaan panik seperti sesak nafas, bernafas dengan laju (rapid breathing), degup jantung laju, berpeluh secara berlebihan, loya dan pening-pening.

Hmmm, kebiasaannya, saya kalau nampak tangga, tak ada masalah. Excited tidak, takut pun tidak :) Nak naik tangga pulak, saya tak takut,...tapi M.A.L.A.S! Selalunya saya akan hindar guna tangga melainkan terpaksa. (Meskipun dalam fikiran berbalah dengan diri sendiri - naik tangga boleh exercise...naik tangga boleh exercise!) Takut jatuh tangga,...ishh, sape tak takut jatuh tangga kan?!

So, keadaan saya yang malas naik tangga ni boleh dianggap sebagai simptom 'climacophobia' tak?

Resepi Mudah - Macaroni 'Marmite'


Dish yang satu ni sangatlah simple. Time-time lapar dan rasa macam malas nak bersilat dekat dapur lama-lama, cubalah buat Macaroni (atau boleh je tukar kepada spaghetti) Marmite. Caranya mudah sahaja!

Panaskan kuali, masukkan 2 - 3 sudu mentega. Then, masukkan satu sudu kecil Marmite. Kalau buat untuk serving kecil, mulakan dengan 1/2 sudu kecil Marmite. Yang penting, kita kena pandai-pandai agak keseimbangan rasa antara dua bahan tu ikut citarasa. Kacau hingga sebati. Akhir sekali barulah masukkan macaroni (yang sudah direbus & ditos) dan gaulkan. Sedia untuk dihidang :)

'Saya Buat Sendiri' - You're The Music of My Life

For Someone Special - You are the music of my life,..

Kali ini 'handmade greeting card' saya mengangkat tema muzik! Saya gunakan music sheet buku piano lama saya (zaman giat belajar piano masa di Tingkatan 1). Kiranya, 50% of the card guna bahan terbuang  :) Sejak kecil saya memang akan fascinate tengok susunan not-not muzik atas staff lines. Mainnya belum tentu pandai lagi hehehe. Anyway, memang sengaja saya pilih kombinasi warna hitam dan putih untuk kad ini supaya cut outs menggunakan kertas muzik tu nampak lebih menyerlah.

Dapat selambak!

Hari ni Cekengah balik kerja awal. So, sebelum dinner saya menyibukkan diri lepak-lepak kat bilik dia. Nampak ada buku nota baru atas katil. Cekengah dapat as free gift sebab beli produk Apple. Kat rumah tu saya ni memang 'hantu kertas'. Tak kisahlah buku nota ke, organizer ke, sticky notes ke,..apa saja yang boleh buat tulis-tulis, conteng-conteng,....kebiasaannya akan end up jadi milik saya. (Saya ni pelupa. Mental notes does not work for me.)

Dah dapat buku nota, Angah bagi pula pen-pen warna yang ada dalam pencil case dia. (Err,..rasanya, saya yang buat muka sepuluh sen minta dulu) Selambak!!! Pen-pen warna nih sesuai sangat untuk projek kraf kertas saya. Buat kad, hias scrap page. Thank you, Cekengah!!!!




Guitar Chords Relakan Jiwa - Hazama

Guitar Chords Relakan Jiwa - Hazama
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini. 

(Intro)
E Am E Am E Am

Em
Kusangka hidupku
D
Selamanya kelam
C B
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Em
Memaksa diriku
D
Menapaki jalan
C B
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Em
Kini kau pun hadir
D
Memberi cahaya
C B
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Em D
Menuntun hatiku ke palung asmara
C B
Seakan ku hidup kembali dari matiku

*
Am Em
Engkaulah cinta
F B
Yang selama ini aku cari....

**
Em
Ku Relakan Jiwa
Am D
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
B C
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
F# B (A-G-B-F)
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku


Em
Hati bukan untuk dimiliki
F
Tapi untuk dicinta dan mencintai
F#
Kurelakan jiwaku...padamu

Ulang * dan **

Em
Seandainya waktu
Am D
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
B C
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
F# B(A-G-B-F#)
Sehingga kau datang membangunkan aku

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Rabu, 26 Mac 2014

Tips Kraf Kertas - Cara Menjaga 'Rubber Stamps' (Cap Getah)

Bagi anda yang suka buat kad ucapan dan scrapbook, pasti mempunyai koleksi 'rubber stamps' yang cantik-cantik dan menarik kan? Seperti yang kita sedia maklum, 'rubber stamps' atau cap getah untuk paper-crafts ni a bit pricey. So, kena pandai-pandai jagalah supaya tahan lebih lama.

Apa yang saya biasa lakukan setiap kali sesudah menggunakan 'rubber stamp', saya akan lap permukaan getah tu dengan 'baby wipes'. Just dapatkan satu pek 'baby wipes' yang 'odourless' di pasaran dan guna untuk bersihkan sisa kesan dakwat pada 'rubber stamp' tersebut. Biarkan kering seketika dan kemudian bolehlah disimpan semula.


Seikat Warkah Lama


Masa saya kemas barang-barang dalam stor, terjumpa satu ikat surat-surat lama. Semuanya surat ibu dan Pak Ham masa diorang muda-muda dulu. Bila ada surat lama, maka ada SETEM! Saya sangat-sangat teruja! Maklumlah, hobi kumpul setem ni dah jadi semakin tak relevan dalam zaman serba canggih sekarang. Orang dah tak hantar surat pakai pos lagilah. Pakai emel :) 


Banyak tak? Ni setem-setem yang perlu diproses sebelum masuk album setem. Adalah terselit dua tiga keping setem baru. Selebihnya setem dua tiga dekad lepas.

Ayam Masak Sambal Taucu


Resepi Ayam Masak Sambal Taucu


Bahan-bahan:
  • potongan ayam (Lumur dengan kunyit dan garam, goreng sehingga masak. Ketepikan.)
  • 5-7 cili merah
  • 4 butir bawang putih
  • 2 sudu besar taucu
  • 1 - 2 sudu besar air perahan jus limau
  • gula secukup rasa 
  • sedikit air masak
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk cili merah dan bawang putih.
  2. Panaskan kuali. Tumis pes yang ditumbuk tadi.
  3. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan taucu.
  4. Perasakan dengan perahan jus limau dan gula.
  5. Gaulkan dengan ayam goreng. Sedia untuk disajikan.

Selasa, 25 Mac 2014

...pasti yang TERBAIK untuk kita.

50 Sebab Perlu Bersenam

Dah lama saya ada poster ni dalam i-pad. Sekalipun ada 50 sebab mengapa kita perlu bersenam,...sangat jarangggggg sebab-sebab ini berjaya memotivasikan saya untuk exercise. Dah parah sangat dah ni! 


Hmm,..lepas ni setiap kali bangun tidur kena pilih satu sebab khusus untuk bersenam. Kenapa perlu bersenam? Well, number 50 sums it all :)




Soalan yang Tiada Jawaban, Misteri yang Belum Selesai



Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya,...


Sayu hati dengar pengumuman status terkini MH370 oleh PM sebentar tadi. Sedih tengok reaksi ahli keluarga yang terlibat. Yang masih mengharap,..yang setia menunggu, betapa remuknya hati mereka, hanya Allah yang tahu. Semoga mereka tabah dan redha. Setiap apa yang berlaku rencana Sang Pemilik Nyawa. Kita perlu terus doakan yang TERBAIK.


Sekadar renungan:
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”

(Muslim)

Isnin, 24 Mac 2014

Lagu 'Singkapkan Doa Kami' - Suntikan Semangat buat Yang Setia Menunggu

Setiap hari kita akan tertanya-tanya apa perkembangan MH370. Kadang-kadang rasa hampa juga apabila tiada sebarang perkembangan yang bawa perkhabaran gembira. Tetapi, apabila kita balikkan pada rahsia dan rancangan Allah, tentu ada hikmah besar di sebalik semua ini.

Sebelum ini saya dah tulis entri berkenaan lagu Encik Mimpi - Doa Untuknya dan guitar chordsnya, hari ini saya nak kongsikan sebuah lagi lagu untuk MH370 karya Ly dan Baiduri, nyanyian Riz, AF6.

Lirik Lagu 'Singkapkan Doa Kami' - Riz AF6
Ciptaan: Ly & Baiduri

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi menjadi misteri

Di situ ada cinta
Di situ ada ria
Masih dalam ingatan
Sebahagian dadaku

Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Ketahuilah
Aku merinduimu

Bergemerlap langit ke tujuh
Dengan doa-doa pasrah
Namun mengharap ihsan kepulangamu

Ku mimpikan kau sejahtera
Inginkan selamat selamanya
Kembali ke pangkuan keluarga tercinta
Kembalilah…


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Bila ku terjatuh, bangunkan aku,...

Hari ni saya berstesen di rumah, kemas almari kraf sambil dengar lagu-lagu lama. Tersentuh pula bila dengar lirik 'Lagu Untuk Merapi' nyanyian Charly nih.

♩♪ Bila ku terjatuh bangunkan aku
Bila ku lupa sadarkan aku ♪ ♫ ♩

Lagu ini ditulis (ketika Charly masih bersama ST12) khusus untuk mangsa-mangsa letusan Gunung Merapi sekitar 2010.

Lirik 'Lagu untuk Merapi' - Charly

Hidup adalah perjalananku
Yang diberikan oleh Tuhanku
Mati pun juga itulah hakku
Yang ditentukan oleh Tuhanku

Hidup adalah perjuanganku
Yang diberikan oleh Tuhanku
Bila ku terjatuh bangunkan aku
Bila ku lupa sadarkan aku

Selamanya ku ikhlas untukMu
Jika memang ku harus mati
Tapi maafkan segala dosaku
Dan ampuni kesalahanku

Hidup adalah perjalananku
Yang diberikan oleh Tuhanku
Bila ku terjatuh bangunkan aku
Bila ku lupa sadarkan aku

Takkan pernah ada yang mampu
Bisa jalani hidup tanpa kehendakMu
Dan manusia hanya mampu
Bisa berusaha jalani hidup

Hidup adalah perjalananku
Yang diberikan oleh Tuhanku
Mati pun juga menjadi hakku
Yang ditentukan oleh Tuhanku

Bila ku terjatuh bangunkan aku
Bila ku lupa sadarkan aku


Terkenang nasib penumpang dan anak kapal MH370. Hanya pada Allah kita serahkan semuanya.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Yuri Van Houtten

Haiii! Selamat memulakan minggu baru yang bebas tekanan.
Aksi Yuri nak ajak main.

Ahad, 23 Mac 2014

'The Itsy Bitsy Spider' - Easy Guitar Chords

Hujung bulan lepas, untuk sessi 'English is Fun', anak-anak didik saya belajar nyanyi lagu ini. Siap belajar dalam versi BM lagi :) Chords untuk lagu ni super simple! Hanya G & D, all through out the song.

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini. 


Guitar Chords Lagu 'Itsy Bitsy Spider' 

G
The itsy-bitsy spider
D                                 G
Climbed up the water spout
G
Down came the rain
D                                 G
And washed the spider out
G
Out came the sun
D                                 G
And dried up all the rain
G
And the itsy-bitsy spider
D                                 G
Climbed up the spout again


Lirik Lagu Seekor Labah-labah ('Itsy Bitsy Spider')

Seekor labah-labah,
Cuba panjat perigi,
Bila hujan turun,
Lelabah cepat lari,
Terbit matahari,
Air tiada lagi,
Lelabah boleh panjat,
Sekali lagi.


 

Apa itu 'Epoxy Sticker'?

'Epoxy Sticker' sebenarnya ialah pelekat lutsinar yang diperbuat daripada plastik dan menggelembung seperti buih di bahagian atasnya untuk memberi efek 3D pada pelekat berkenaan. Di pasaran, 'epoxy sticker' boleh didapati dalam pelbagai corak dan imej. 

Kredit Imej: www.anlison.com

Kredit Imej:www.p-wholesale.com
Selain itu, kita juga boleh dapatkan 'epoxy sticker' yang kosong/jernih untuk kita hasilkan projek kraf kita sendiri. Macam pelekat di bawah ni,.. guna kreativiti, work with some beautiful pictures, boleh hasilkan fridge magnet, keychains dan anting-anting.

Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Dalam stok bahan kraf saya, 'epoxy sticker font' ini yang paling saya suka. Menggunakan font 'Typist', sticker ni sesuai sangat untuk buat kad atau sebarang projek kraf yang bertema ala-ala rustic/retro.




Di mana Hatimu - Papinka (Easy Guitar Chords)


Guitar Chords 'Di Mana Hatimu' - Papinka
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini. 

C G Am Em
Inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
F C G
Setelah kau jauh tinggalkan aku
C G Am Em
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
F C G
Tak Pernah aku rela kau tingglkan aku

F Em
Tiada ku sangka engkau berubah
Dm G C
Ku tak percaya kau membagi cinta
F Em Am
Tahukah engkau betapa sakitnya
Dm G
Kau membagi cinta karna dia

(Chorus)
C G
Tak pernah ku coba melupakanmu
Am Em
Mengapa kau buat luka hatiku
F Em Am
Sekian lama aku menunggu
Dm G
Kasih dimana hatimu
C G
Tak bisa ku coba melupakanmu
Am Em
Mengapa kau buat luka hatiku
F Em Am
Sekian lama aku menunggu
Dm G
Kasih dimana hatimu


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Jumaat, 21 Mac 2014

'Saya Buat Sendiri' - A Simple Hello




Handmade Greeting Card - Hello
Theme: Hello Cupcakes

Guna Semula Botol Plastik untuk Dijadikan Peralatan Berkebun

Saya jumpa gambar ini melalui perkongsian di Facebook. Terus saya teringat pada arwah datuk saya. Arwah Tok Ali memang pakar bab-bab ni. Apa yang boleh dibuat sendiri, memang atuk tak beli. Atuk akan buat penyodok/penadah sampah menggunakan tin minyak tanah. Peralatan berkebun lain seperti 'watering can' dan 'spade', atuk hasilkan daripada bahan-bahan terbuang. Tetapi kena ada kemahiran dan peralatan yang sesuailah.

Jangan buang botol-botol plastik anda. Botol detergen ke,...botol fabric softener ke,..kena gayanya kita boleh jadikan peralatan berkebun seperti trowel/ hand-spade / penadah sisa kotoran dan debu.


Mudah dan bermanfaatkan? Let's Go Green!

Odd Todd jadi Otottt!

Ini kisah anak-anak didik saya yang prasekolah dan Tahun 1. Lesson minggu ini on 'Numbers' dan mereka turut didedahkan dengan konsep odd numbers (nombor ganjil) dan even numbers (nombor genap). So, saya datangkan 'kawan-kawan baru' untuk mereka. Odd Todd yang sangat suka akan nombor ganjil manakala Even Steven, si penggemar nombor genap.


Setelah menerangkan apa itu nombor ganjil dan genap, saya buat aktiviti bersama mereka. Saya minta setiap murid bergilir-gilir ambil satu keratan kad (yang mengandungi nombor) dari 'Mystery Box'. Mereka perlu tentukan nombor berkenaan patut diberikan kepada siapa? Odd Todd atau Even Steven? Alhamdulillah, penglibatan aktif mereka meyakinkan saya yang anak-anak cilik ini terang hati dan faham apa yang dipelajari. Cuma, telinga saya menangkap sesuatu yang kurang enak apabila mereka mengklasifikasikan nombor ganjil.

"To whom should we give this number?"
(Soal saya apabila salah seorang daripada mereka menunjukkan kad bernombor 37)

Otottttt!

*Kids, I'm sure we'll be having a lot of fun with speaking & pronunciation activities.

Spiderman Adiwira Earth Hour

Tahun ini buat julung-julung kalinya, WWF (World Wide Fund for Nature) melantik superhero Spiderman sebagai duta rasmi Earth Hour 2014. Menurut Andy Ridley, CEO & pengasas kepada Earth Hour, pemilihan Spiderman sebagai duta dibuat kerana watak superhero itu sendiri yang merupakan seorang lelaki biasa. Tidak seperti superhero lain yang berasal dari planet asing atau yang mempunyai kekayaan berjuta-juta ringgit. 


Oleh itu, gandingan WWF dan Spiderman tahun ini amat bertepatan dengan mesej yang cuba disampaikan melalui Earth Hour 2014 - mendorong individu untuk menggunakan kuasa mereka, menjadi seperti superhero demi menyelamatkan planet bumi.

Earth Hour 2014 bukan hanya 'memadamkan lampu'. Layari earthhour.org untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kita boleh menjadi superhero (mengikut kemampuan kita) untuk membuat perubahan.

Guitar Chords Jodoh Pasti Bertemu - Afgan

Untuk minggu ini, sifu gitar saya hantar guitar chords lagu 'Jodoh Pasti Bertemu' nyanyian Afgan. Menurutnya, ini chords yang telah dipermudahkan. Mudah ke? Ada Bm tu? Terus 'masterji' beri warning, dah tak boleh nak mengelat lagi kalau nak pandai main gitar. Takkan asyik-asyik nak main lagu dengan basic chords je :) Hahaha memang saya mengelat pun! Kalau jumpa lagu yang ada Bm atau F#, saya malas nak main...(Bott, inilah sebabnya lagu 'Saat Terakhir' saya pandai main separuh lagu je. Itu pun sebab part tu part yang betul-betul suka! ) OKlah, nampak gaya belajar lagu Afgan la minggu ni.


Guitar Chords 'Jodoh Pasti Bertemu' - Afgan
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini. 

G        Em          
Andai engkau tahu
Am     D            G
Betapa ku mencinta
Am      D         Bm     Em      D
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
G                 Em
Ku tahu tak mudah
Am        D         G
Menjadi yang kau pinta
Am       B           Em        Am                 D
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

G         D            Em
Jika aku bukan jalanmu
Am          D
Ku berhenti mengharapkanmu
B             Em              G
Jika aku memang tercipta untukmu
Am        D        G     Am    D       G
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Khamis, 20 Mac 2014

Guitar Chords Asmara Terindah - Ungu (OST Sang Kiai)

Gitar Chords Kumpulan Ungu - Asmara Terindah (Ost. Sang Kiai)
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini. 

(Intro) 
Am Dm
Am  E Am

Dm             Am
Saat bunga tumbuh
   E        Em          Am  C
Tanda hidup takkan berlalu
Dm                              Am
Sajak cinta yang ku tuliskan untukmu
         B      G#m    E
Tak terhapus oleh waktu

Dm                Am
Ada yang berisik mesra
E         C       Am  C
Sudah ku temukan bahagia
Dm                      Am
Kaulah asmaraku yang terindah
B        A            E
Dan jawaban pertanyaan


(Chorus)
C                           G
Bila esok kan datang untukku
                 Dm
Haturkan rasa rinduku
              Am  E
Ku jemput matahariku
C                      G
Sosok bidadari yang berlabuh
                  Dm
Jauh di dasar hatiku
    Am        E      C
Tidakkah juga kau rindu


C G
Dm Am G F C
Dm E Em

Ulang (Chorus)

F                   C
Bunga adalah bahasa rasa
                           Am
Yang tak dapat ku gambarkan
             G
Lewat kata-kata
F                        C
Cinta seluas jagat samudera
                     Am
Tuhan tahu yang ku rasa
             G
Kaulah segalanya

F        C      Am
Haaa.. haaa... uu...
              G
Kaulah segalanya
F        C      Am
Haaa.. haaa... uu...
           G  gm
Kaulah segalanya

(Outro)
G Dm Am

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Earth Hour - 9 hari lagi

Earth Hour diadakan pada setiap hari Sabtu terakhir pada bulan Mac. Jadi tahun ni, program Earth Hour (anjuran WWF ) akan diadakan pada 29 Mac 2014.

Kredit Imej: www.venusbuzz.com

Jom kita sama-sama support Earth Hour 2014! 'Lights-off' for 60 minutes only. Simbolik keprihatinan dan komitmen kita untuk sama-sama menjaga bumi.

Earth Hour 2014
Saturday, 29th March 2014
8.30 - 9.30pm


Let's Go Green!

Kepingin Bangat deh!

Setiap kali keluar, saya akan pasang niat nak beli snek keledek favourite saya kat mana-mana outlet Shihlin Taiwan Street Snacks. Tapi, kerap kali terlupa! Sibukkan benda lain. Nanti dah sampai rumah baru buat muka terkulat-kulat sebab tak dapat apa yang diingini. Dah teringin sangat dah ni! Bayangkan, kali terakhir saya makan keledek ni bulan sembilan tahun lepas.

Tempting tak? Sedap tau makan panas-panas! Err,..ni gambar tahun lepas...

Apa yang saya suka tentang jejari keledek goreng ni sebab tepung adunannya yang rangup. Makan panas-panas memang syiokkkk! Rasa manis keledek dengan 'seasoning' yang diletakkan memang buatkan snek ini snek gorengan kegemaran saya. Semoga ada rezeki saya untuk nom..nom.. keledek ni dalam masa terdekat.

Asmara Terindah - Ungu (OST Filem Sang Kiai 2013)


Selain daripada lagu 'Bila Tiba' (baca mengenainya di sini), lagu puitis ini turut menjadi sebahagian daripada OST untuk filem patriotik Sang Kiai.

Lirik Lagu Ungu - Asmara Terindah (OST Sang Kiai)
Ciptaan: Pasha Ungu

Saat bunga tumbuh
Tanda hidup takkan berlalu
Sajak cinta yang ku tuliskan untukmu
Tak terhapus oleh waktu

Ada yang berbisik mesra
Sudahkah ku temukan bahagia
Kaulah asmaraku yang terindah
Dan jawaban pertanyaan

Bila esok kan datang untukku
Aturkan rasa rinduku
Ku jemput matahariku
Sosok bidadari yang berlabuh
Jauh di dasar hatiku
Tidakkah juga kau rindu

Bunga adalah bahasa rasa
Yang tak dapat ku gambarkan
Lewat kata-kata

Cinta seluas jagat samudera
Tuhan tahu yang ku rasa
Kaulah segalanya

Haaa.. haaa... uu...
Kaulah segalanya

Haaa.. haaa... uu...
Kaulah segalanya
DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Rabu, 19 Mac 2014

'Eye Stickers' untuk Kraf


'Eye Stickers' ini saya beli sebab nak buat projek kraf dengan students saya. Hujung bulan ni nak ajar mereka buat penanda buku bertemakan haiwan. Saya suka sebab ada banyak 'eye expressions' yang comel-comel. So, later kalau saya nak buat apa-apa projek kraf kertas lain, bolehlah guna sticker ni :)

 
'Eye stickers'



Selasa, 18 Mac 2014

Lagu 'Doa Untuknya' - Encik Mimpi (Easy Guitar Chords)


Guitar Chords Lagu 'Doa Untuknya' - Encik Mimpi
#PrayForMH370

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini. 

(Intro)
Am F G C
Am Dm E

Am F
Baru kini ku tahu lemahnya diriku
G C
Hanya mampu berharap keajaiban berlaku
Am Dm
Ku memohon padaNya Tuhan yang satu
E
Berikan kekuatan itu

Am F
Semesta kata sabar cuba kusisipkan
G C
Berjanji akan bersama hadapi segala
Am Dm
Takkan lelah, bukti kasih akan kutunjukkan
E Am
Ku hamparkannya di dalam doa

Am G
Tuhan ku memohon mudahkan segala
C F
Bantulah dirinya, lindungi dirinya
Dm E
Kerna ku tak sanggup dirinya derita
Am
Semua atas nama cinta

Am G
Tuhan ku memohon ampuni segala
C F
Dosa-dosa hamba yang selalu terleka
Dm E
Dan aku bersujud mengharap bahawa
Am
Kau bantu dirinya

Am F G C
Am Dm E

Am F
Semesta kata sabar cuba kusisipkan
G C
Berjanji akan bersama hadapi segala
Am Dm
Takkan lelah, bukti kasih akan kutunjukkan
E Am
Ku hamparkannya di dalam doa

Am G
Tuhan ku memohon mudahkan segala
C F
Bantulah dirinya, lindungi dirinya
Dm E
Kerna ku tak sanggup dirinya derita
Am
Semua atas nama cinta

Am G
Tuhan ku memohon ampuni segala
C F
Dosa-dosa hamba yang selalu terleka
Dm E
Dan aku bersujud mengharap bahawa
Am
Kau bantu dirinya

Dm E
Dan aku bersujud mengharap bahawa
Am
Kau bantu dirinya



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



'Saya Buat Sendiri' - Kad Hari Lahir



Personalised Belated Birthday Card
Theme: Chatty Bird

'Saya Buat Sendiri' - Another Farewell Card

You'll be missed...


Dedikasi Buat MH370, Doa Untuknya - Encik Mimpi

Lirik Lagu Doa Untuknya - Encik Mimpi
#PrayForMH370

Baru kini ku tahu lemahnya diriku
Hanya mampu berharap keajaiban berlaku
Ku memohon padaNya Tuhan yang satu
Berikan kekuatan itu

Semesta kata sabar cuba kusisipkan
Berjanji akan bersama hadapi segala
Takkan lelah, bukti kasih akan kutunjukkan
Ku hamparkannya di dalam doa

Tuhan ku memohon mudahkan segala
Bantulah dirinya, lindungi dirinya
Kerna ku tak sanggup dirinya derita
Semua atas nama cinta

Tuhan ku memohon ampuni segala
Dosa-dosa hamba yang selalu terleka
Dan aku bersujud mengharap bahawa
Kau bantu dirinya

Semesta kata sabar cuba kusisipkan
Berjanji akan bersama hadapi segala
Takkan lelah, bukti kasih akan kutunjukkan
Ku hamparkannya di dalam doa

Tuhan ku memohon mudahkan segala
Bantulah dirinya, lindungi dirinya
Kerna ku tak sanggup dirinya derita
Semua atas nama cinta

Tuhan ku memohon ampuni segala
Dosa-dosa hamba yang selalu terleka
Dan aku bersujud mengharap bahawa
Kau bantu dirinya

Dan aku bersujud mengharap bahawa
Kau bantu dirinya.



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Isnin, 17 Mac 2014

'Saya Buat Sendiri' - Kad untuk 'Farewell'

Ini salah satu tempahan yang saya dapat. Kad perpisahan atau 'farewell card' untuk rakan sejawat yang bakal berpindah. Tema kad ialah 'cheerful polka dots' dan saya pilih kombinasi ceria warna hijau, kuning dan merah. Perkataan 'farewell' menggunakan 'chipboard fonts'.

A fond farewell

Langit Bumi - Wali Band (Easy Guitar Chords)

Guitar Chords Lagu Langit Bumi - Wali Band
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini. 

(Intro)
C D G

C D G
Semalam kau datang kepadaku, kisahkan dirimu
C D G C
Kau kan pergi jauh tinggalkanku dan semua mimpiku
Am D7 G
Sadarkah dirimu ku tak sanggup hidup tanpamu

(Chorus)
C D
Akan ku lakukan apa yang kau mau
G Em
Akan ku berikan seluruh hidupku
Am
Asal jangan kau pergi tinggalkanku
D G
Ku mohon padamu

C D
Sadarkah dirimu kau langit bumiku
G Em
Bukalah matamu kau semua bagiku
Am D
Tolong jangan kau pergi tinggalkan aku
G
Ku mohon padamu

C D G
Jangan kau tanyakan kepadaku ikhlaskah diriku
C D G C
Tanyakanlah aku kuatkah aku tuk hidup tanpamu
Am D7 G
Tanpa belaianmu, tanpa kasih dan sayang darimu

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Ahad, 16 Mac 2014

Apa itu 'Circle Cutter'?

'Circle cutter' atau pemotong bentuk bulat membolehkan kita menghasilkan bulatan yang cantik, kemas dan lebih sempurna berbanding dengan menggunakan gunting biasa. Terdapat beberapa jenis 'circle cutter' di pasaran. Salah satu daripadanya adalah seperti yang saya miliki ini.

Mempunyai satu jarum tajam boleh laras untuk menentukan saiz bulatan manakala satu mata pisau untuk memotong lilitan bulatan. Konsep penggunaan 'circle cutter' ini sama seperti jangka lukis.

Tetapi, 'circle cutter' yang lebih baik adalah seperti yang tertera pada gambar di bawah. Produk Martha Stewart. Istimewanya 'circle cutter' ini - bulatan yang kita buat tidak akan mempunyai kesan lubang jarum di tengah-tengah kertas kerana tiada jarum yang perlu diletakkan di pusat bulatan. Letakkan mata pisau pada saiz bulatan yang dikehendaki. Kemudian, pusingkan 'cutter' ini sehingga mendapat keratan bulatan yang sempurna.
Kredit Imej: www.dickblick.com
Selain daripada menggunakan 'circle cutter', kita juga boleh menggunakan 'circle punch'.

Kredit Imej: andreawalford.com
Namun, penggunaan 'circle cutter' lebih praktikal kerana dengan satu alat ini kita boleh dapatkan pelbagai saiz bulatan.

'Saya Buat Sendiri' - Kad Terima Kasih


Kad ucapan 'Terima Kasih' ini saya buat bertemakan bunga-bungaan ala-ala musim 'spring'. Nak nampak lebih meriah, saya letakkan beberapa 'crafts diamentes' berwarna merah jambu pada bunga dan seekor kumbang hiasan.

Bait-bait Doa Dhuha dalam Lagu Sahrul Gunawan

Saya dengar lagu ni ketika sedang berbual dengan Cekebon saya depan TV. Kebetulan masa tu ending slot 'Kifarah' TV3. Syahdu je dendangan lagunya. 'Paused' borak dengan ibu, terus saya capai pen dan sticky notes. Sebahagian lirik lagu yang saya dengar saya catatkan pada lembaran sticky note.

"Kakak buat apa?"

"Catat lirik lagu ni. Kakak nak search kat internet lagu apa. Lirik dia pakai doa sunat dhuha kan, Bu?"

"Memang tajuk lagu ni Dhuha pun." (Dengan bersahaja ibu respon pada kata-kata saya).

"Aik? Macam mana ibu tau. Ni lagu Opick ke?" (Ibu peminat 'tegar' Opick, so make sense-lah kalau dia tahu lagu tu. Tapi tak dengar macam suara Opick pun...)

"Ni ha...nama penyanyi dia Sahrul Gunawan." (Ibu balas sambil tunjuk paparan 'credit title' di skrin TV.)

 
Buat muka kelat dan terus letak pen. Memang ada kalanya saya ni 'kurang bijak'. Kenapalah tak terfikir nak tengok 'credit title'?!

Lirik Lagu Dhuha - Sahrul Gunawan

Ku berdoa, dalam dhuha
Dua tangan menadah, ku meminta
Limpahan rahmat, limpahan rizki
Rizki halal dan baik, yang Kau ridhoi

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan

Ku tertunduk dan bersila
Dua mata terpejam, khusuk berdoa
Sajadah panjang, basah terbentang
Air mata menetes, mohon dikabulkan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan

Bila masih haram, engkau sucikan
Bila masih kotor, engkau bersihkan
Tuhan


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Sabtu, 15 Mac 2014

Pelarian - Sakura Band feat. Adi 6ixth Sense (Easy Guitar Chords)

As usual, guitar chords yang saya kongsikan di blog ini semuanya yang senang-senang. Minggu ni saya akan berlatih main lagu OST untuk drama 'Jika Itu Takdirku' & 'Aku Isterinya'.


Guitar Chords 'Pelarian' - Sakura Band feat Adi 6ixth Sense 
(OST Jika itu Takdirku & Aku Isterinya)

C Am F
Engkau datang kepadaku
G C
Dengan sejuta harapan
Am F G
Kau janjikan cinta itu
C Am F
Ternyataku hanya persinggahan
G C
Hatimu yang luka
Am F G
Sungguh ku tak sangka

F G
Dan saat kekasihmu
F G
Inginkan kau kembali

F G
Tinggalkan aku
C Am
Lupakan ku
Dm G C
Kembalilah kau kepada dirinya
F G
Kerna kutahu
C Am
Cinta ini
Dm G C
Hanya pelarian bagimu

*Boleh guna capo 4th fret atau 7th fret.


Updated 9 April 2014
Ada seorang sahabat (I wish you shared your name) yang bermurah hati kongsi chords lagu ini yang lebih baik & lebih sedap :) Sila scroll ke bahagian komen untuk dapatkan chords yang dimaksudkan. 

**Kalau saya main, akan ada 'silent mode' pada Bm ;p jari-jemari masih keras lagi nak petik Bm.


Updated 2 Mei 2014

Satu lagi perkongsian chords. Thanks so much to Azmi Sham. Mari kita cuba chords yang ini pula :)

G Em Am
Engkau datang kepadaku
D G
Dengan sejuta harapan
Em Am D
Kau janjikan cinta itu
G Em Am
Ternyataku hanya persinggahan
D G
Hatimu yang luka
Em C D
Sungguh ku tak sangka

C D
Dan saat kekasihmu
C D
Inginkan kau kembali

C D
Tinggalkan aku
G Em
Lupakan ku
Am D G
Kembalilah kau kepada dirinya
C D
Kerna kutahu
G Em
Cinta ini
Am D G
Hanya pelarian bagimu

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
 
DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Resepi Peria Goreng Berempah


Resepi Peria Goreng Rempah 

Hidangan peria kegemaran saya :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4-5 biji peria katak (kalau nak guna peria biasa pun boleh) 
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari (saya biasa buat guna rempah kari ikan) 
  • 2 sudu tepung jagung 
  • garam secukup rasa 
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Potong peria, buang biji dan hiris nipis-nipis. 
2. Masukkan peria ke dalam mangkuk besar, gaul rata dengan bahan-bahan di atas. 
3. Goreng dengan minyak yang panas. Terbalik-terbalikkan agar gorengan sekata. 
4. Angkat apabila warna peria dah bertukar keperangan. Sedia untuk dihidang 

Tips:

Untuk lebih sedap, selepas goreng peria, tumis sedikit daun kari dan gaulkan bersama peria tadi. 
Untuk lebih rangup, tambahkan dalam 1 sudu besar tepung beras bersama bahan-bahan di atas. 
Untuk lebih berempah, boleh tambahkan 1/2 sudu teh jintan manis dan jintan putih. 
Untuk lebih sihat, guna minyak jagung/canola/bunga matahari semasa menggoreng.

Jerebu oh Jerebu

Ini gambar keadaan jerebu di kawasan rumah saya semalam. Bacaan IPU sekitar 108 - 133. Keadaan begini dah cukup beri impak pada kesihatan pada orang semput macam saya. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya di Banting dan Klang.


Alhamdulillah, hari ini cuaca bertambah baik dan bumi Kuang dilimpahi hujan lebat. Raining cats and dogs you!

Pengorbanan Cinta - Setia Band (Easy Guitar Chords)

Lagu ini dikatakan sebagai antara lagu baru yang bakal dimuatkan ke dalam album ke-2 Setia Band. Tetapi saya kurang pasti dengan liriknya. Apapun, buat anak-anak Setiaku, ini kunci gitar 'Pengorbanan Cinta' khusus buat kalian :)


Guitar Chords 'Pengorbanan Cinta' - Setia Band
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini. 

Am G C
Kisahku kini terasa berbeda
Am G C
Kisah yang hadir dengan tiba-tiba
Dm E Am G C
Rasa ku ingin segera tuk bisa memilikimu
Dm E Am G
Meski tak tepat ku mendapatkannya

Am G C
Cerita mengalir begitu sahaja
Am G C
Begitu sulit untuk aku reda
Dm E Am G C
Meski ku tahu perasaan engkau dan aku tak bisa lepas
Dm E Am G
Biarkan ini adalah jalannya,..aku

C F G
Tak ada yang mampu untuk menghentikanku
C F G
Cinta bagiku adalah pengorbanan
C F G
Tak ada yang mampu untuk menghentikanku
C F G
Mencintaimu adalah pengorbanan
Dm G C E
Yang akan aku korbankan

Am G C
Cerita mengalir begitu sahaja
Am G C
Begitu sulit untuk aku reda
Dm E Am G C
Meski ku tahu perasaan engkau dan aku tak bisa bebas oh ohh
Dm E Am
Biarkan kini sudahlah jalannya,..a..ah

Dm E Am G
Biarkan kini sudahlah jalannya,..aku
C F G
Tak ada yang mampu untuk menghentikanku
C F G
Cinta bagiku adalah pengorbanan
C F G
Tak ada yang mampu untuk menghentikanku
C F G
Cinta bagiku adalah pengorbanan
C F G
Tak ada yang mampu untuk menghentikanku
C F G
Cinta bagiku adalah pengorbanan

C F G
Cinta bagiku adalah pengorbanan
Dm G C E
Yang akan aku korbankan
Dm G C E
Yang akan aku korbankan



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...