Isnin, April 21, 2014

Decorative Border Punch untuk Kraf

Hehehe inilah mainan baru saya ;) Alatan baru untuk buat projek-projek kraf. Decorative border punches. Apa kegunaannya? Well, decorative border punch ini kita gunakan untuk buat corak kemasan di bahagian tepi kad atau kertas. Barulah menarik sedikit hasil kerja kraf kertas kita. Sebenarnya, kita juga boleh menggunakan gunting kraf bercorak (Jemput baca mengenainya di sini.) Tetapi, jika dibandingkan antara kedua-duanya -lazimnya potongan gunting kraf bercorak lebih simple manakala corak potongan/tebukan decorative border punch lebih cantik dan terperinci.

Ada pelbagai jenis corak atau design border punch yang terdapat di pasaran. Harganya pun berbeza-beza bergantung pada jenama dan jenis material yang digunakan. Of course yang lebih mahal seperti jenama Fiskars dan Martha Stewart's lebih berkualiti dan tahan lama. Tetapi yang harganya lebih murah pun boleh dijadikan koleksi asalkan kita tahu cara-cara menjaga punches dengan baik. Secara peribadi, saya suka beli punch yang lebih murah (tidak kira jenama) supaya saya dapat beli dua tiga design berbanding hanya satu. Banyak sedikit pilihan apabila nak buat projek kraf.



Apa yang penting, terpulang pada kita untuk beli brand apa asalkan dalam kemampuan bajet kita. Di bawah ini dua decorative border punches baru milik saya.


Decorative border punches ini antara produk kraf keluaran POPULAR di bawah range POPArtz. Harga sekitar RM20++. Lupa pula harga sebenar sebab saya dapat diskaun ahli dan guna voucher.  Mula-mula hajat hati saya nak beli satu je. Tapi, nafsu menguasai kewarasan minda! Saya tumpas, tak dapat menahan godaan,...terus terrrbeli dua-dua! Excited ni,...boleh guna punches ni untuk buat kad Hari Guru & Hari Ibu :)

Selain decorative border punch, saya juga ada 'Deep Edge Border Punch' saya. Deep Edge Border Punch, designnya lebih tebal dan besar. Tengok corak di bawah. Cantik kan?!



Kemas kini
Di bawah ini, antara kad yang saya hasilkan menggunakan decorative border punch.

DIY Kad Hari Raya Mudah

Kad Ucapan 2 dalam 1

DIY Kad Hari Raya Mudah


Gift Tag Penanda Buku



4 ulasan:

  1. cantik la ni kak farrah...
    alaaa kak farrah beli kt mane
    ade kedai khas ke yang jual bnd2 ni
    xpenah nmpk kat popular pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Popular memang kena tengok cawangan juga, Ayu. Kadang2 kalau cawangan tu tak jual produk arts and crafts memang tak ada.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.