Ahad, April 13, 2014

Mini Fridge Magnet


Ini percubaan pertama saya buat fridge magnet. Fridge magnet bersaiz mini. Cara nak membuatnya mudah sahaja. Janji barang-barang yang diperlukan ada. Saya hanya guna kertas muzik lama, epoxy sticker, art glue dan magnet sheet. Apa itu epoxy sticker? Boleh baca mengenainya di sini.

Epoxy sticker boleh didapati di kedai menjual peralatan art and craft. Bahan-bahan lain seperti magnet sheet dan gam cari di kedai alat tulis atau Mr. DIY. Kertas muzik cari di internet dan cetak. Kertas muzik yang saya gunakan di atas diambil dari buku muzik semasa belajar piano kecil-kecil dahulu. Warna music sheet tu pun dah menguning. So, adalah efek rustic sedikit.

Cara-cara membuat fride magnet menggunakan epoxy sticker:

  1. Pilih gambar/corak yang ingin dijadikan fridge magnet. 
  2. Ambil satu epoxy sticker, tanggalkan dari plastic packaging dan terus lekatkan epoxy sticker di atas permukaan gambar/corak. Epoxy sticker ada yang self adhesive (sedia ada gam) dan ada yang kita kena gam sendiri.  Jika perlu gam sendiri, gunakan gam yang jenis clear finish ye.
  3. Setelah itu, potong mengikut bentuk epoxy sticker. Sediakan magnet sheet yang dipotong mengikut saiz yang sama. Lekatkan di bahagian belakang gambar/corak tadi menggunakan art glue. Siapppp!


Selepas ini saya ingin cuba buat epoxy fridge magnet guna gambar pula. Oh lupa pula, saiz fridge magnet yang saya hasilkan ini + 2.5cm. Bolehlah buat banyak-banyak dan letak di bahagian luar peti sejuk. Selain diletakkan di peti sejuk, juga sesuai digunakan pada white board atau memo board. Buatlah ikut tema yang digemari.

Satu lagi projek mini fridge magnet yang saya buat menggunakan epoxy sticker dan penutup botol. Lihat hasilnya di sini.





Selamat berkraf!

2 ulasan:

  1. Waah best ni kak..
    Macam boleh try.
    Tapi nak carik bahan tu fikir beberape kali sbb tak berduit. HAHA
    Nak carik keje pulak malas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Epoxy sticker ni tak mahal mana, Nur :)
      Tapi kalau nak, Nur boleh tgk tutorial fridge magnet yg guna magnet sheet. That one cheaper.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.