Isnin, April 21, 2014

Spam Sudah Tukar Jadi Scam!

Dua tiga hari ini berpinar-pinar mata saya membaca berpuluh-puluh artikel mengenai SCAM. Saya perlu siapkan rencana mengenai bagaimana kita sebagai pengguna boleh terjebak dengan pelbagai bentuk 'scam' dalam kehidupan sehari-hari. 

Dalam pada sibuk mengejar 'deadline', sempat juga nak berblogging. Kebetulan, saya hendak tulis entri mengenai kekeliruan yang boleh timbul akibat terlalu banyak links/URL dalam sesebuah blog sehingga dianggap sebagai SPAM.

Gembira kedua-dua perkara dapat saya langsaikan seperti yang dirancang, saya pos pautan entri blog saya ke Kelab Blogger di Facebook. Seharian menguruskan tugas-tugas di luar, baru sebentar tadi berkesempatan semak notifikasi. Brother Hasrul Hassan, blogger otai yang terkemuka telah mengesan kesilapan pada entri saya. Rupa-rupanya saya sendiri dah 'mixed up' dengan kedua-dua istilah tersebut!



Setelah tersengih-sengih edit entri, tiba-tiba saya tergerak hati hendak semak semula artikel yang saya tulis. Ikut plan, saya nak submit esok pagi. Ya Allah! Seperti yang dijangka, semua 'scam' dah jadi 'spam'! Menggigil-gigil tangan saya edit balik perkataan tu. Alhamdulillah, mujur Allah gerakkan hati Brother Hasrul untuk tegur saya. Secara tidak langsung, beliau telah selamatkan kerja saya. Jika tidak, tentu haru-biru artikel saya jadinya.

Terima kasih banyak-banyak, Brother Hasrul. Sudi betulkan kesilapan saya yang kurang pengalaman ni. Semoga Allah balas dengan ganjaran yang setimpal :)



5 ulasan:

  1. Err tak sangka pula sampai ke situ kesannya .... alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. @Wafi Remli Itulah,..syukur tak 'scam&spam' artikel sendiri

    BalasPadam
  3. hai2...follow sini..herm..tak paham lgla scam n spam ni..kena membaca lebih lagi ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.