Ahad, Ogos 10, 2014

Panas Dalam? Cari Adem Sari

Hari ni badan rasa tak best. Mr. Influenza yang menyerang belum ready nak bid Goodbye gamaknya. Tekak kering dan payau. Bibir pun dah mula pecah-pecah. Badan saya panas dalam ni :( Kena minum Adem Sari.

Teringat pada Adem Sari, barulah tergopoh-gapah cari balik kotak Adem Sari saya. Selalunya saya memang akan simpan stok untuk diri sendiri. Cuma kadang-kadang, cara 'sistematik' saya menyimpan barang-barang (tak kisahlah ubat-ubatan, suplemen atau benda-benda penting) memang tip top sampai saya sendiri boleh lupa dan tak jumpa! 

Setiap kali nak kemas/simpan barang,.."Letak kat sinilah, tersusun sikit." "Simpan kat almari ni lah. Tak sakit mata." Niat murni nak organize benda memang terbukti sia-sia. Saya akan end up bongkar+geledah+tunggang terbalikkan stuff yang saya dah kemas semata-mata untuk cari saaaatuuuuu, ye...1 barang yang saya perlukan huhuhu.

Berbalik pada Adem Sari, akhirnya setelah buat treasure hunt dengan diri sendiri,...jumpa juga kotak Adem Sari saya. Ya Ampunnnnn! Kotak je nampak gah,...dalam tu hanya tinggal 1 pek! 

Adem Sari

Saya selalu minum Adem Sari ni untuk hilangkan panas dalam badan. Ada orang suka minum air badak kan...haaa saya lebih serasi minum Adem Sari. Air ni macam Eno. Saya suka rasa limaunya. Sesuailah untuk tekak yang payau+pahit. Rasalah segar sikit! Kebiasaannnya, orang dewasa kena minum 2 atau 3 pek sehari untuk legakan panas dalam. Nampak gayanya, petang ni kenalah saya gagahkan diri pergi kedai runcit beli Adem Sari lagi. 


Nota Senyum: Kena minum air masak banyak-banyakkkkkkkkk!




5 ulasan:

  1. Ahaaaa baru tshu tp x pernah tgk lagi produk ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu ada jual kat kedai runcit dan kedai ubat/jamu.

      Padam
  2. Hehe.. Klakar k.Farrah ni sampai buat treasure hunt.
    Saya 1st dengar Adem.Sari ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak bab cari-mencari ni memang fail! Tau tentang Adem Sari daripada bibik yang pernah jaga arwah nenek akak :)

      Padam
  3. Tak pernah jumpa. Macam-macam lah ko ni...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.