Selasa, September 09, 2014

ST12 Cuba Nasib dengan 'Salam Terakhir' Allahyarham Sudirman

Sebelum ni kita dah dengar penyanyi dari seberang seperti Firman nyanyikan semula lagu Rindu Serindu-rindunya (Spoon) dan Afgan dengan Ku Mohon (Sheila Majid). Kini ST12, cuba pertaruhkan lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad - 'Salam Terakhir' dalam album terbaru mereka, Terjemahan Hati (akan release sekitar bulan Oktober). Sekarang ni makin kerap pula artis Indonesia nyanyikan balik lagu-lagu artis Malaysia. Mungkin salah satu strategi pemasaran diorang kot.

Dari segi susunan muzik, saya rasa mereka berjaya tampilkan sesuatu yang segar. Saya suka! Ada elemen rock ballad la lebih kurang. Suara vokalis barunya pun (selepas Charly & Ridho) not bad. Suara sedap. Ada style sendiri. Lenggok suaranya mengalunkan lagu ni pun OK. 

Bagi saya, lagu ni berjaya dibawakan dengan baik, tanpa terikut-ikut cara Allahyarham Sudirman. Cuma kalau cakap tentang 'feel', haa,.. yang itu kurang sedikit. Saya tetap rasa penghayatan Allahyarham Sudirman adalah yang TERBAIK!

Lirik Lagu 'Salam Terakhir' – ST12
Dendangan Asal Sudirman Hj Arshad

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah pada-Mu

Salam akhir
Salam yang teristimewa
Bersama-Nya ku memohon ampunan
Melalui-Nya ku beri kemaafan
Kepadamu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah pada-Mu

Salam akhir
Salam yang teristimewa
Bersama-Nya ku memohon ampunan
Melalui-Nya ku beri kemaafan
Kepadamu

Salam akhir
Salam yang teristimewa
Bersama-Nya ku memohon ampunan
Melalui-Nya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir.

Nak dengar lagu ni? Klik pautan ini --> ST12 Salam Terakhir (Official Video Lyric)

Nota Senyum: Saya memang ada kord gitar lagu ni (easy chords) dalam simpanan. Nanti saya kongsikan dalam entri lain.

Update: Chords Salam Terakhir - ST12


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


7 ulasan:

  1. thanks for review ^_^

    BalasPadam
  2. Nak dgr Farrah petik GUITAR..plsss..ke perlu bayar heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, kena fikir ni bila nak wat special performance utk JM. Hehehe perasan retis la sangat!

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.