Ahad, September 06, 2015

Alphabets & Numbers Clear Stamps

Bulan lepas, saya tambah koleksi clear stamps untuk buat kraf. Sebelum ni saya memang dah ada cap ABC dan nombor, tetapi saiznya kecil.

Cenonet je alphabets rubber stamps yang ini.
Sekitar awal bulan lepas saya berkunjung ke Spotlight di Ikano Power Centre (IPC). Saya jarang beli-belah di sana sebab bagi saya kebanyakan barang-barangnya a bit pricey. Kena tunggu ada promotion, baru betul-betul berbaloi. Niat di hati nak intai-intai kertas kraf. Terjumpa pula clear stamps yang ini. Maaf, gambar tak berapa jelas.


Papercraft Clear Cling Stamps

Terus terpikat! Harga asal RM29.90/pek. Kebetulan pada hari itu, VIP Member layak untuk diskaun sebanyak 30%. Apa lagi, saya beli dengan rasa tak bersalah langsung ;)

Then, hujung bulan lepas, ada satu minggu tu saya berkelana di luar melunaskan tugas dan urusan. Sebaik sahaja semua urusan selesai, saya terjah POPULAR. Nak beli material untuk kraf, hadiahkan pada diri sendiri. Treat dirilah konon-kononnya sebab dah penat berhempas pulas buat kerja. Jumpa clear stamps yang ini pula :)

UW Scrapbooking Clear Stamps
Menggunung-gunung rasa seronok! Pek sebelah kiri, font bersaiz besar. Sebelah kanan pula, meskipun kecil, ada 3 jenis font yang berbeza. Variety sikit pilihan untuk buat kad atau projek kraf yang lain. Harga hanya RM8.90/pek. Dengan kad keahlian POPULAR, dapat diskaun 10%.  Kualiti getah clear stamps yang ini tidaklah sebaik yang beli di Spotlight, tetapi berbaloilah dengan harga yang dibayar. 

Hari ni main 'cop-cop'!

Contoh :)

Oh ye, jika nak guna clear stamps begini, kita kena ada acrylic block (lihat di sini) untuk lekatkan stamps. Tak ada? Susah nak cari? Tak mengapa. Boleh gunakan sebarang permukaan plastik yang jernih. Tutup container ke,..casing CD ke,..Apa yang penting clear stamps tu boleh melekat dan permukaan jernih plastik membolehkan kita lihat dengan jelas bahagian mana yang kita nak cap stamps tu.


65 ulasan:

  1. menarik! adik sy pun minat jugak buat2 kraf ni. nak tunjuk kat dia gak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok ni...boleh tukar2 idea dgn adik Gary :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang cantik kan fontnya :) best buat main cop cop!

      Padam
  3. Assalamualaikum kak Farrah... baca entry ni ternampak nama sendiri. Hihi. Tq kak Farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Ros. Hihihi bertabahla tunggu hadiah ros ye :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Bila dah ada barang2 begini memang seronok buat kraf :)

      Padam
  5. waaa....cantek hasilnyee....cuma nk tya laa farrah...lepas kita pakai utk cop2 tu huruf2 tu semua leh cabut dan guna semula kerrr??? sorry la soklan mcm xbape cerdik jer....hahhahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih soalan cerdik tu,...cop2 ni semuanya reusable, sis. Bila kita dah guna, kita bersihkan then lekat balik pada plastik packaging tu :)

      Padam
    2. oooooo.....igtkan pakai buang....adehhh.....hehehe

      Padam
    3. ada effect ke kalau xbersihkan??

      Padam
    4. Boleh je tak bersihkan. Bergantung pada kualiti rubber dan dakwat yang kita gunakan. Kadang2 dakwat tu melekat sama pada rubber. So, nak guna ink warna lain dah bercampur.

      Padam
  6. kat popular ade jual ke acrylic block tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni saya belum pernah jumpa jual di Popular, sis. Tapi senang nak cari di kedai yang jual peralatan kraf.

      Padam
  7. menarik betul laa.. ni buat jatuh hati nak grab satu..

    BalasPadam
  8. kagumlah saya dengan kak farrah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik apalah nak dikagumkan akak ni...patut kagum dengan stamps yang cantik2 tu :)

      Padam
    2. maksud saya cara akak memikirkan cara untuk jadi lebih kreatif
      kalau saya tak terfikir nak cari benda ni semua
      saya kalau masuk sini, ada aje benda baru saya tahu =)

      Padam
    3. Hikhikhik alhamdulillah, akak gembira kalau melalui apa yang akak kongis, YY dan kawan2 yang lain dapat belajar benda baru :)

      Padam
  9. Farrah, saya ada beli clear stamps tu.. tapi FL buat main, semua hilang sekelip mata.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai,..tapi FL tak telan kan? Hehehe tak pelah, Intan. Tunggu FL besar sikit lah ye baru nak berkraf. Nanti boleh buat sekali dgn dia :)

      Padam
  10. cantik!
    brg spotlight memang mahal kalau bukan sale eh?
    tp byk pilihan kat situ kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti barangan lain (curtains/kain/party props) tetapi barang2 kraf memang agak mahal berbanding kedai kraf biasa. So, bila ada promo tu sedap lah sikit membeli. Promo2 kat spotlight kadang2 sampai 50%

      Padam
  11. hadiah utk ros ya. hehee.. mesti xsabar nk tgk hasil :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah siap dah...nak mencari masa sesuai utk gi pejabat pos pula :)

      Padam
  12. kaalu nk cop guna Scrapbooking Clear Stamps tu kan..mcm susah je sbb kita perlu pilih huruf pastu baru cop then another huruf perlu letak betul2 baru cop..tul x cikgu ceketed...kalau huruf tu loose lebih senang kan...ke mcm mana..sis JM kalau bab2 ni mmg tolak ke tepi..x minat huhuh...lagi satu jenis x sabar

    BalasPadam
    Balasan
    1. U tak yah buat laaa... U jaga I je... Jadi warden! Kah kah kah...

      Padam
    2. Betul betul! Jadi warden SS je. Nak cop2 suruh SS buatkan :)

      Padam
    3. penat jadi Warden ni dak Farrah...SS nakal!

      Padam
    4. Ho Ho... Sitiroro tak boleh baca komen Warden Jay Emm ni... Kang dia poyo... Solehah katanya... ha ha ha

      Padam
    5. Hahahahaha kembang kuncup nanti sitiroro kalau baca :D

      Padam
  13. Wah wah wah..seronok la akak..dapat tambah koleksi lagi kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik sengih sampai telinga dapat tambah koleksi :)

      Padam
  14. Sangat kagum dengan Farah...memang kreatif dan berseni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa-biasa aja, Diana. Benda-bendanya dah ada,..kita tepek2 je :)

      Padam
  15. suka la berkraf2 nih. tapi ija xkretif.. hihik

    BalasPadam
  16. Penat tangan main cop2 kat office..hehe.. best jgk sekali sekala hasilkan kad pakai word cop2 ni. Tak payah susah hati tulisan senget2 ka

    BalasPadam
  17. banyak jugak peralatan yg diperlukan nak hasilkan kraf ni ye. Walaupun ada minat pada jahitan tapi tetap memilih something yg mudah dan cepat. I pun macam sis JM agak kurang sabar nak meneliti.. Kadang2 hasil sedikit messy but still ok. I just want to do that thing tapi bukan nak menatap lama2..
    (awatlah malam ni suka komen panjang2 xtau).. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah ni namanya komen persis entri :) Tetiba teringat kat Sis Vee.
      Peralatan kraf memang ada macam! Cuma akak bila nak beli, akak akan consider dulu, aku betul2 nak guna atau guna sekali je? Kalau betul 2 nak guna, rasa leh guna banyak2 kali pada masa akan datang, baru beli. Kalau tak,..tak perlu,
      Haaaa cukup panjang tak lawan komen Syida? ;)

      Padam
  18. Cikgu... Nak tips... Pesal SS cop rubber stamp tu comot? Ink sememeh kat tepi cop tu... Nak buat camne? Iskkss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah ink sememeh memang tak dapat nak elak sebab kadang2 getah stamps tu nipis, jadi nampak bucu cop semua! Apa yang saya selalu buat, saya guna tissue (lagi bagus wet tissue) untuk lap ink sememeh kat tepi2 cop, then baru saya tepek cop pada permukaan kertas/kad.

      Padam
    2. La patut laaaa... Tapi comot tepi tu comel jugak...

      Padam
    3. bila 2 org kreatif berbicara hanya mampu dgr je tak reti :P

      Padam
    4. Ala sis JM,..janganlah kata begitu :)

      Padam
  19. Nape cantik sgt huruf2 tu buat ekin jeles ni hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekin keje dia jeles je,... Hahahahah nanti belilah satu pek :)

      Padam
  20. Kalau dpt buat sendiri hasil krafkan best ni

    BalasPadam
  21. rubber stamps gambo yg first tu kat opis masih guna tau farrah.
    ada certain documents kerajaan kena guna tu :)

    BalasPadam
  22. menarik... dulu time kelas kafa selalu beli kat kedai pelekat ala-ala stamp ni... kononnya nak lekat kat buku tapi meja kelas juga jadi pilihan..hihihih

    BalasPadam
  23. ishh rasa nak pergi berguru dgn kak farrah je tok kraf2 ni tau x...
    hehehe kak farrh kalu g ikea ajak la ayu..
    kite nak jumpe kak farrrrraaaahhh

    BalasPadam
  24. yana mai godek2 lagi nak tgk barang craft apa lagi yang perluu ada, nanti pi kedai cari je

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.