Selasa, Februari 09, 2016

Photo Paper Percuma daripada HP

Sebelum ini, saya memang pengguna setia printer (mesin pencetak) Canon. Mungkin kerana sudah biasa dengan jenama ini yang mesra pengguna dan featuresnya yang tidak complicated. Malah, untuk cetak bahan mengajar dan material anak-anak murid pun saya guna pencetak Canon yang telah diubahsuai (yang dakwat super jimat, macam ada buah pinggang di luar tu). Semasa saya beli printer yang diubahsuai supaya jimat dakwat ni, belum ada lagi ciri ink advantage pada printer.

Sekarang, nak cetak banyak-banyak pun tak perlu gusar dengan adanya printer bercirikan ink advantage. Dengan ciri ini, katrij dakwat harganya jauh lebih murah dan boleh mencetak dalam kuantiti yang banyak. Rasanya kebanyakan jenama printer di pasaran memang dah ada model sebegini. Satu katrij berharga antara RM25 - RM35 berbanding dahulu sekitar RM60-RM80 dan boleh cetak lebih kurang 400 keping.

Ogos tahun lepas, Bott belikan saya pencetak HP untuk memudahkan saya siapkan tempahan projek kraf. Sebelum ini pun, Dhila pernah offer untuk carikan satu printer yang betul-betul boleh serve purpose untuk saya. Biar mahal sedikit, janji puas hati dengan kualiti cetakannya. Tapi, apabila difikir-fikir balik, rasanya tak perlu lagi. Kraf dan party planning, masih hobi saya. Saya belum ke arah nak buat projek cetakan besar-besaran atau serius nak jadikan sumber pendapatan hehehe. So, I settled down with my new ink advantage HP Printer.

Apa yang menariknya, HP ada reward programme untuk setiap pembelian dakwat original. Install catridge pada printer dan sambungkan pada internet. Once HP dapat detect katrij baru pada printer kita, kita akan dapat redeem hadiah. 


HP Glossy Photo Paper yang saya dapat. Ini pek kedua yang dikirimkan kepada saya setelah dua kali tukar katrij hitam. Best kan?  Siapa nak bagi free begini? Bagi saya sangat-sangat berbaloi. Kita beli dakwat dalam RM30, dapat hadiah sampai ke doorstep. Paling syok, saya boleh guna untuk projek-projek kraf saya!

Di bawah ini, contoh gambar yang dicetak menggunakan kertas foto HP. Ketika ini saya buat photo topiary untuk sambutan birthday Uje bulan November lepas. Kualitinya? Sangat-sangat puas hati!


Berbaloi-baloi kan?!


55 ulasan:

  1. Elok sgt ni kak..d kasi free gift lgi..memg brbaloi2

    BalasPadam
  2. mmg berbaloi kak.. Tapi saya still guna printer yg inknya kat dalam.. Mmg mahal harga cartridge die...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uisshhh, jenuh kan kalau time nak kena replace cartridge :)

      Padam
  3. dulu ingt nak tukar letak ink duduk kat luar sampai sekrg tk tercapai.. hihihihiihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm ikut pengalaman akak kan, kalau nak guna printer yang dakwat kat luar tu, kena beli daripada yang pandai buat. First time akak beli, memang tiptop! Bertahan dua tahun setengah. Print dah macam2,..hitam putih, warna semua boleh. 2nd time beli,..tak ada rezeki, dakwat sumbat la, tak naik la, balam belang semua ada! Kuciwa! So sekarang akak prefer resort to ink advantage printer. Memanglah tak dapat sejimat dakwat di luar tu, but at least otak stress-free ;)

      Padam
    2. Betul2..kalau nak pasang ink luar kena beli kat kedai yang pandai pasang kalau tak stress memanjang.hehe

      Padam
    3. Memang stress kan, Ros. Itu tak kena, ini tak kena. Buat naik darah je :)

      Padam
    4. betoi Farah dah merasa printer opis macam tuh.. stress tau bila kena print pelan bagai..

      Padam
  4. ingatkan gambar akak yg kat bawah tu... hihihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi idak idak...tu gambar adik bongsu masa kecik ;)

      Padam
  5. bw n do follow blog nie,.. ooooooo kalau akak tetap x cukup, akak kena tmbah ink luar, dulu guna canon juga tapi x berbaloi krn selalu rosak, la ni guna brother ada wifi n tank ink luar,.. alah membeli tapi menang memakai.. sblum masuk klas mmg x gaduh nak cari handout last minute kann... tu le dunia guru!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi blog saya ni, sis. Hihihi betul2. Printer ni penting sebab senang nak uruskan material budak2 :)

      Padam
  6. Wah siap ada hadiah yer. Dulu dapat diskaun je kalau banyak kali kita beli ink...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Ada free gift, Zumal. Akak pun tahu sebab jurujual yg beritahu :)

      Padam
  7. sekarang saya pun da lama tak cetak gambar kat kedai, sume cetak sendiri jer jugak

    BalasPadam
  8. HP mmg selalu ada je benda yg nak kasi free...sama macam printer office ni... :D

    BalasPadam
  9. Lama dah takde printer sendiri. Mampu tengok sahajalah

    BalasPadam
  10. salam yana pon pakai canon...
    tapi ada rasanak beli baru , hp mahai tak kak ?

    BalasPadam
  11. dakwat dia macam mana kak? banyak pulak t anya

    BalasPadam
  12. cantik nya kak..

    ada printer HP, tapi since dah habis study, printer tersadai.. haha

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah....rezeki Farrah ni dapat free gift....tahniah yer..

    BalasPadam
  14. MD tak pernah lagi beli printer sendiri lagi ni Farrah...

    BalasPadam
  15. waahhh...dpt free ehhhh...mmg berbaloi-baloi laa nihhh heheh

    BalasPadam
  16. Berbaloi sangat kalau Rm30 pun dah dapat freegift. Tahniah. :)

    BalasPadam
  17. Ohh ada ehh? Kak Farrah guna model printer yang mana satu ehh?

    BalasPadam
  18. a'ah berbaloi2. untung sape yang ada printer. hehe

    BalasPadam
  19. Comelnya yg dlm gambar kt bwh paling kiri tuu. Huu

    BalasPadam
  20. SS punya printer HP kat umah... Hurmmmmm.. Habukkkk... Guna utk scan je... Dari sejak beli cuma print sekali je... Pastu malas... Canon better... Jimat kan...

    BalasPadam
  21. Sekarang ni... printer utk cetak gambar.. dah makin kecik... Awal bulan ari tu SS nampak ada printer besar tapak tangan aje... Adeiii....

    BalasPadam
  22. mine is still canon but mak da move on guna Hp.. sbb dia print docs lagi banyak..

    BalasPadam
  23. harga ink murah tu yang penting.. kalo canon mmg cekik darah sket la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya refill jea, rm5. Jimat. Banyak pulak tu boleh print.

      Padam
  24. x pernah ada printer kat umah..so x leh nak beza which one is better..canon or HP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli lah satu sis JM. Sekarang ni bukan main dah mula buat fridge magnet sendiri. Hihi, lepas ni boleh buka tempahan :))

      Padam
  25. kiranya skrg kat umah ada 2 printer lah eh

    BalasPadam
  26. wahh..menarik..setiap tukar cartridge dapat photo paper tu...kiranya kalau tukar cartridge utk kali ke 3 dpt hadiah free lg tak hikss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar lagi dan lagi dapat percuma byk tuu. Kan sis JM?

      Padam
  27. rumah ni ada printer canon abg xguna lama dah xtaw boleh ke tidak

    BalasPadam
  28. wah untung nya. eyja guna brother printer. sekali tu jer dapat glossy paper. lepas tu xd dapat apa2 pon. hehe

    BalasPadam
  29. dulu pakai HP.. ink memang jimat.. siap buat bisnes printing masa zaman study (full time).. pas printer tu rosak, la ni pakai canon, ink mahal skit.. sebab tu printer org bagi so ambik je lah kan apa2 pun.. membantu lah utk I print nota2.. bak kata supplier company, antara HP n canon, HP is better.. HP lagi senior dari canon..

    BalasPadam
  30. Mekja ada sesuatu nak tempah dgn Kak Farah ni. Cuma tgh fikir nak bg gambar apa dan nak design cemana. Boleh lah akak guna printer ni kan hasilkan tempahan mekja tu. hhihi

    BalasPadam
  31. HP bila print cantik kualitinya.. baru nih ada beli netbook, dapat beberapa barang HP free..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.