Khamis, Jun 01, 2017

Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Salah satu hidangan iftar di rumah baru-baru ini. Ayam berlada serai dan halia. Ayam goreng serai yang crispy di luar, tender di dalam disalut dengan sambal berlada yang wangi. Rasa serai dan halia yang ketara. Jom tengok resepinya.


Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Bahan-bahan yang diperlukan:
Untuk ayam:
  • + 500 - 600g ayam (dipotong dan dibersihkan) 
  • 1 labu bawang besar/ 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 - 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 batang serai  (dikisar)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • tepung jagung secukupnya untuk salut ayam
  • minyak masak untuk menggoreng

Untuk sambal berlada:
  • 7 - 10 batang cili merah (buang biji dan dikisar dengan sedikit air)
  • 1-2 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 - 3 sentimeter halia (dihiris memanjang) Jika kurang gemar halia, boleh dikurangkan.
  • 3 batang serai (dihiris halus)
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara Penyediaan:
  1. Perap ketulan ayam dengan bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan serai), serbuk kunyit dan garam. Golek-golekkan ayam ke atas tepung jagung sehingga semua bahagian ayam dilitupi salutan nipis tepung. Jangan tebal sangat coatingnya. Nanti terkeras pula bahagian luar ayam kita.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
  3. Kisar cili merah dengan sedikit air. Tidak perlu terlalu hancur.
  4. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili yang telah dikisar.
  5. Tumis cili sehingga masak kemudian masukkan asam keping.
  6. Setelah itu, masukkan hirisan halia diikuti dengan hirisan serai. Kacau sambal supaya semua bahan jadi sekata. 
  7. Akhir sekali, perasakan dengan garam. Gaulkan ayam goreng dengan sambal berlada. Sedia untuk dihidangkan.

Ayam boleh juga digoreng begitu sahaja seperti biasa (perap dengan serbuk kunyit dan garam sahaja). Saya buat ayam goreng serai supaya rasanya lebih menyerlah untuk dilawankan dengan sambal berlada. Alternatively, jika kesuntukan masa, beli sahaja ayam goreng serai Ayamas untuk sediakan hidangan ini.

Selamat Mencuba!
Psstt! Jangan lupa asingkan sedikit ayam goreng serai untuk anak-anak yang tak makan pedas :)

10 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa. Siqah suka masakan yang letak serai dan halia sebab siqah suka baunya. Sedap! Buat lapar tengok gambar lauk ayam kak Farrah ni tau 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Bau serai dan halia tu memancing selera kan,.. :)

      Padam
  2. warrrghhhhh cpt lah kol 7 ptgggggggggggg

    BalasPadam
  3. Sedap.....ni kena bookmarked....
    Cukup bahan nnt nak try buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Mrs Pip! Nanti jangan lupa kongsi hasilnya :)

      Padam
  4. wahhh. ni mesti sedappp . nty nak try laa ;)

    BalasPadam
  5. anak-anak tak berapa minat menu macam nih.. kalau masak lauk berkuah, kena buat kuah banyak.. lagi satu kalau nak letak serai dan halia tu letak ikut syarat jer.. nanti takut tak makan pula..

    BalasPadam
  6. menarik resepi ni. ada halia tu bagus untukbuang angin. nanti boleh la cuba;)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.