Jumaat, Disember 15, 2017

Centerpiece for A Birthday Lunch

Centerpiece ini untuk sambutan hari lahir yang saya ceritakan di entri ini. Mereka yang menempah ni bawa the birthday girls keluar makan tengah hari dan buat mini celebration. Jadi, kita tidak buat banner, birthday standee atau apa-apa yang besar. Cuma hiasan ringkas untuk diletakkan pada meja makan di sudut yang mereka dah reserved.

Memandangkan yang diraikan ada dua orang, saya buat centerpiece 2-in-1. Apa yang 2-in-1? Well, yang pertama, dua centerpiece kita combine jadi satu. Kalau buat 1 centerpiece seperti biasa, nanti apabila majlis selesai pening kepala pula nak decide siapa antara dua birthday girls yang akan bawa balik centerpiece. Makanya, saya hasilkan centerpiece untuk setiap seorang. Apa yang istimewanya, kedua-dua centerpiece ini boleh digabungkan dan kita display as one.

Kedua, centerpiece ini ada dwifungsi. Saya letak word search di atasnya supaya rakan-rakan yang hadir boleh cari nama mereka dan tanda atau bulatkan. So, it will be a great keepsake for the birthday girls as they could commemorate this sweet celebration and will not forget who were the attendees.

Tema hiasan ialah light blue, black and damask


Centerpiece yang pertama. Untuk Kak Nora.


Saya gunakan cardboard hitam sebagai base. Kemudian, tambah dengan kertas bercorak damask. Untuk bahagian nama, saya guna corrugated board, chipboard fonts embellishments dan kertas glitter. Jalur biru pada word search dibuat pakai border punch.

Word search kita buat guna word search maker. Ada banyak free word search maker online. Carilah mana yang berkenan di hati. Kita perlu masukkan data, pilih tetapan seperti bentuk, jenis font, dan susunan perkataan. The rest, serahkan pada word search maker. Data/perkataan yang kita masukkan akan disusun secara rawak. Oh, kita juga boleh pilih untuk letak keywords atau tidak. Macam yang saya buat ini tanpa keywords sebab mereka hanya perlu cari nama masing-masing. Tak sukar mana. 


Ini pula yang kedua. Untuk Kak Sihah.




...dan apabila kita nak letak di atas meja, kita gabungkan kedua-duanya di atas easel kecil.



11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Thanks, Mrs. Pip. Moga boleh dijadikan inspirasi buat yang lain :)

      Padam
  2. kreatifnya kak Farrah. untung kak Sihah dan kak Nora ada kawan2 yang toughtful. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan dapat kawan2 yang thoughtful ni. Indah duniaaa :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Thanks so much, E'in. Ada semua barang-barangnya senanglah nak buat :)

      Padam
  4. kt umah ade kyu tu kak farrah.. ase da kene makan anai2 da pon.. lame sgt simpan.. hahahah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.