Memaparkan catatan dengan label I Watch These Shows. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label I Watch These Shows. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 09, 2015

Mesej Alam Sekitar El Gamma Penumbra

Siapa tengok Asia Got Talent? Well, semalam rancangan ni dah sampai ke kemuncaknya. Grand finale. 9 peserta berjaya tampilkan persembahan-persembahan yang hebat. I am a fan of Triqstar (Japan) and Khusugtun (Mongolia). Suka kerana mereka suntik elemen budaya yang dibawa dari negara masing-masing dalam setiap persembahan.

Tetapi, hari ini kita nak bicara tentang kumpulan anak muda dari Filipina - El Gamma Penumbra. Mereka ni buat shadow play. Persembahan menggunakan layar dan bayang-bayang tu. Apa yang menarik, El Gamma Penumbra bukan sekadar anak muda berpakaian serba hitam yang cuba menghasilkan bayang-bayang objek dan imej. Setiap persembahan mereka mengangkat tema penting yang dipaparkan dalam satu jalan cerita.

Jika di peringkat audition mereka memukau para juri dan penonton dengan kisah cinta sejati, di peringkat separuh akhir dengan tema keamanan dunia,...di peringkat akhir mereka cuba memberi kesedaran pada masyarakat dengan membawa tema alam sekitar. Mother nature. Pada awal persembahan kita akan dapat lihat aksi-aksi mereka membentuk imej pemburu yang memburu haiwan semata-mata untuk mendapatkan tanduk, nelayan yang menuba hidupan akuatik dan wanita yang sesuka hati mencemarkan alam dengan membuang sampah merata-rata.

Sabtu, Ogos 23, 2014

Elsa, Anna dan Kristoff dalam Once Upon A Time Season 4

Bagi yang ikuti siri TV ini, tentu kalian ingat yang pada episod akhir musim 3, Captain Hook dan Regina secara tidak sengaja telah terbawa Elsa 'masuk' ke Storybrooke (baca lebih lanjut di sini). Season 4 Once Upon A Time (OUAT) ditayangkan pada penghujung September memang ditunggu-tunggu sebab fans nak lihat bagaimana kisah Elsa, Anna & Kristoff dari 'Frozen' akan diketengahkan dalam plot. Apa agaknya twist untuk fairy tale moden ini?

Ingin tahu siapa yang akan memegang tiga watak utama dari filem animasi ini untuk OUAT?

Kredit Imej: Disney Frozen Blog Tumblr

Salah satu babak Anna & Elsa dalam OUAT.

Tak sabar nak tunggu Season 4 mula ;)

Entri lain yang berkaitan:

Khamis, Mei 22, 2014

Lagu Best 'Selepas Berpisah' - Fitri Hakim (OST Fajar Aiman)

Baru hari ini saya tonton drama Fajar Aiman di TV3. Jalan cerita macam menarik je. Lagu-lagunya pun boleh tahan. Antara lagu yang memancing perhatian saya ialah 'Selepas Berpisah' nyanyian Fitri Hakim. Syahdunya lenggok suara dia mendendangkan lagu nukilan Edry KRU ni.

Kebelakangan ini, saya memang suka lirik lagu-lagu Edry. Tanpa perlu menggunakan bahasa yang terlalu puitis & berbunga-bunga, Edry berjaya meninggalkan impak melalui bait-bait lirik yang dihasilkan. Seperti 'Andai Ku Bercinta Lagi' dan 'Romancinta', 'Selepas Berpisah' berjaya sampai ke hati pendengar melalui terjemahan rasa dan bahasa yang tidak 'complicated'. Kita digambarkan dengan perasaan lara si pemuda yang memohon agar dia dapat meneruskan hidup sesudah ditinggalkan cinta hati. So touching! Saya kongsikan liriknya di sini ye,...

Lirik Lagu SELEPAS BERPISAH - Fitri Hakim
Ciptaan : Edry Abdul Halim
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd

Dapatkan kord gitar 'Selepas Berpisah' di sini.

Tersentak hatiku bila kamu luahkan padaku
Hasrat untuk putus dari terus menyayangi aku

Kau bilang dah punya insan lain yang mahu mengganti
Memaksa ku tanpa relaku

Selepas berpisah
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya

Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah

Bagaimana aku bisa sembuh dari parah ini?
Ataupun ditakdir sepi hingga hembusan terakhir

Moga kau bahagia dengan dia sepanjang hayatmu
Biar aku berselubung pilu

Nak layan lagu ni? Cari di youtube, channel rasmi KRU Music. Kalau dah terpaut, boleh juga dapatkannya di i-tunes.

Lagu-lagu lain drama Fajar & Aiman



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



Rabu, Mei 21, 2014

Elsa (Frozen) Muncul dalam Once Upon A Time

Siapa tengok TV show ni? Once Upon A Time dah sampai musim ke-3 dah. (Baca mengenainya di sini) Baru beberapa minggu lepas aired season finale. Saya suka tonton cerita ni sebab jalan ceritanya banyak sangat twists. Apa sahaja watak fairy tales yang dimasukkan ke dalam cerita, pasti ada kaitannya dengan Regina (The Evil Queen) atau Rumplestiltskin.

Menariknya, cerita yang penuh dengan watak-watak yang kita kenal dan familiar (Belle Beauty & The Beast, Red Riding Hood, Captain Hook, Snow White & Prince Charming) akan 'import' Elsa. Yes. Elsa dari animasi popular Frozen yang cipta fenomena tu!

Kredit Imej: ABC Entertainment
Siapa yang mainkan peranan Elsa dan kenapa pula si Elsa ni muncul di Storybrooke kena tunggu Season  4 lah :)


Appeared masa last scene. (Picture: ABC Entertainment)


Sabtu, Februari 22, 2014

Angah nak makan kat kafe Jebat!

 "Nak makan kat kafe Jebat!"

Itulah jawapan adik perempuan saya apabila saya tanya mahu makan di mana sempena sambutan hari lahirnya awal Mac nanti. Dalam banyak-banyak tempat yang saya suggest untuk kami sekeluarga keluar makan, tanpa berfikir panjang (dan dengan muka penuh teruja), Angah pilih kafe Jebat.

Kalau nak tahu, kafe Jebat yang dimaksudkan oleh Angah ialah kafe 'Jiran' di Kuang. Kafe tulah  yang jadi kafe Uwais dan Wahab (abang si Jebat) dalam drama berantai 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.  Drama yang tengah hottttt meletup sekarang. Begitu sekali penangan drama tu! Selama ni,  sekalipun dekat dengan rumah, tak pernah Angah heran nak pergi makan dekat situ. Hahaha! Saya hanya mampu senyum dan gelak dalam hati.

Kredit imej: Astro

Memang sekarang, satu isi rumah tonton drama ni! Selalunya kalau drama bersiri, (especially yang cerita kahwin kontrak, kahwin mula-mula tak suka, kahwin pilihan mak bapak then segan-segan, malu-malu) tak ada siapa pun rajin nak follow. Lately,  ibu asyik tergaru-garu hati nak tau apa jadi pada Jebat. Angah tengok cerita korea dia tanya citer Jebat ke? Bott yang anti drama bersiri pun jadi tertunggu-tunggu! "Episod baru Jebat dah keluar?" Itu jelah soalan dia. (Kes tak hafal waktu siaran & tak leh terima hakikat yang Jebat  & Mastura bersiaran 3 kali seminggu je).

OKlah, Cekengah. Nampak gaya,  ke kafe Jebat lah kita yea. Insya-Allah.

*Kafe Jiran menyajikan hidangan barat. Beberapa kenalan saya yang dah berkunjung ke kafe tersebut bagi reviews yang positif. 


Isnin, Oktober 31, 2011

Once Upon A Time [2011]

Siapa yang tidak suka pada dunia 'fairy tales'? Semua berakhir dengan 'happily ever after'. Well, tidak dalam 'Once Upon A Time'. TV Show terbaru terbitan ABC lakonan Ginnifer Goodwin, Jennifer Morrison dan Jared Gilmore ini. Dalam siri baru ini, kita tetap akan disajikan dengan watak-watak dongeng yang kita 'familiar' sejak dulu, cuma dengan pelbagai twists here and there.

Once Upon A Time - Mula ditayangkan pada 23 Oktober 2011


Once Upon A Time mengisahkan tentang Emma Swan yang ketika menyambut hari lahirnya yang ke-28, didatangi oleh Henry (seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun). Henry mendakwa bahawa Emma merupakan ibu sebenarnya yang menyerahkan Henry for adoption 10 tahun lepas.

Henry mengajak Emma pulang ke Storybrooke, bandar kecil di mana dia tinggal bersama ibu angkatnya, seorang mayor. Henry turut membawa sebuah buku cerita dongeng dan memberitahu bahawa semua penduduk di Storybrooke adalah watak-watak dari cerita dongeng tersebut yang terperangkap di dunia nyata. Malangnya apabila terperangkap di bumi, tiada seorang pun yang tahu apa yang berlaku. Mereka seolah-olah menjalani kehidupan baru dan masa silam mereka semuanya kabur.

Bayangkan Snow White dihantar ke bumi dan menjadi seorang guru di Storybrooke? Dan ibu angkat Henry adalah si Evil Queen yang bencikan Snow White.

Bagaimana Emma menerima semua ini? Percayakah Emma pada omelan-omelan Henry? Adakah Emma akan tinggal di Strorybrooke bersama Henry lebih-lebih lagi bila Henry memaklumkan hanya Emma yang mampu membetulkan keadaan? Siapa Emma sebenarnya?

Yang pasti ini bukan cerita dongeng biasa. Jalan ceritanya agak berat tetapi sangat menarik. Kita akan didedahkan dengan dua jenis penceritaan (1) dunia nyata di Storybrooke dan (2) scenes dari buku cerita dongeng yang dibaca oleh Henry. Sedikit sebanyak kita akan dapat 'join the dots' dan rungkaikan siapa dan apa peranan Emma dalam cerita ini.

Klik sini untuk rating tv show ini di IMDb.