Memaparkan catatan dengan label Lauk Telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lauk Telur. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 30, 2021

Sarapan Telur Hancur Cendawan Shitake Kering

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.

Hidangan sarapan saya kelmarin. Telur hancur dengan sedikit kailan dan hirisan cendawan shitake. Cendawan shitake yang saya gunakan ini cendawan shitake kering yang saya beli ketika jualan 7.7 di Lazada awal bulan dahulu.

Telur Hancur Cendawan Shitake

Saya ada baucar Lazada yang hendak tamat tempoh. Stok cendawan kering di pantri tinggal dua tiga tongkol sahaja. Kebetulan, ada penurunan harga dan peroduk ini tergolong dalam item yang akan dapat cashback. Jadi, saya pun belilah satu pek.

Selasa, Mei 11, 2021

Pekasam Telur Sotong

Assalamualaikum, semua. Apa khabar hari ini? Sebelum tu, saya hendak minta maaf andai sudah lama tidak ‘muncul’ di blog kalian. Sebenarnya, dah semangat dah datang berkunjung baca entri-entri kawan-kawan. Tetapi, ada isu teknikal sedikit semasa hendak tinggal komen di sesetengah blog. Putus angin juga dibuatnya. Insya-Allah, nanti masalah ni selesai, saya datang serbu semula ya 😅

Kalian biasa makan telur sotong tak? Secara jujurnya, saya tidak pandai makan atau masak menu menggunakan telur sotong. Selalu jika ke pasar tani untuk mencari telur ikan, telur sotong yang dijual di situ saya kerling sahaja. Tak reti makan kan ... buat tak heran jelah.

Apabila ada yang memberi telur sotong, memang mati akal saya tak tahu hendak buat apa. Tapi, tetap terima dengan hati gembira. Rezeki usah ditolak! Banyaklah juga dapat. Satu bekas penuh container yang kita guna untuk tapau nasi bungkus tu. Dalam kepala dah terbayang ... mungkin boleh buat gulai lemak cili api telur sotong. 

Tiba-tiba si Bott saran buat pekasam telur sotong. Dia sibuk galur feed di IG, terliur nampak orang pos gambar ikan pekasam. Saya dengar pekasam je terus kecur air liur. Okey, mari kita pekasamkan!

Bermulalah proses kaji selidik kami menggunakan khidmat Google cari cara-cara hendak buat pekasam telur sotong. Gigih kami rendam dalam air garam, sangai beras, kisar beras hehehe

Dipendekkan cerita, kurang lebih seminggu kemudian ...

Jumaat, Mac 19, 2021

Resepi Telur Dadar Ubi | Omelette with Potatoes

Gemar tak makan telur dadar untuk sarapan? Hidangan telur ini sangat mudah disediakan dan boleh kita pelbagaikan ramuannya mengikut selera. Antaranya tentu sahaja keju, hirisan tomato, hirisan kobis, lobak merah, jagung manis, bayam, sosej atau peperoni. Pilihannya tanpa batas, terserah selera.

Hari ini saya ingin kongsi resepi telur dadar ubi kegemaran saya. Saya menggunakan ubi kentang dan ubi keledek kuning. Kebetulan ada kedua-duanya di dapur. Selalunya saya akan buat guna ubi kentang sahaja. Kali ini biar bergabung keenakannya. 

'Keratan rentas' telur dadar ubi saya. Terliur tak?

Isnin, Januari 18, 2021

Hidangan Sarapan Mudah Ala Shakshuka

Assalamualaikum semua. Apa khabar? 

Hari ini saya ingin kongsi hidangan sarapan ala shakshuka saya. Apakah itu shakshuka? Shakshuka yang bermaksud 'campuran' merupakan hidangan telur dalam kuah tomato dari timur tengah.Campuran pelbagai ramuan seperti hirisan bawang, tomato, lada benggala, kombinasi rempah seperti paprika dan jintan yang dimasak dalam skillet bukan sahaja sesuai dinikmati semasa sarapan, malah untuk makan tengah hari atau makan malam.

Saya biasa buat untuk sarapan. Breakfast skillet-lah konon-kononnya. Jika resepi shakshuka asal mewah dibanjiri kuah tomato, versi shakshuka saya cuma menggunakan buah tomato yang dipotong dadu dan ditumis hingga layu, lembut serta mengeluarkan air.

Ini hidangan sarapan saya semalam. Saya letak hirisan lapisan ayam belanda yang saya goreng dengan sedikit mentega terlebih dahulu. Lebihan minyak gorengan tu akan memberikan lebih rasa kepada telur. 😊

Ahad, Julai 24, 2016

Resepi Telur Dadar Bertauhu

Ini salah satu variasi hidangan telur yang yummy. Selalunya kalau nak masak tak de mood atau buntu nak buat hidangan apa, ini antara dish mengelat saya. Senang dibuat, sedap pun sedap dan pasti terlajak licin. Secara asasnya, hidangan ni hidangan telur dadar + hirisan tauhu keras. Makan begitu sahaja dengan nasi. Cicah dengan sambal kicap atau kuah kacang untuk lebih terangkat :)



Jumaat, Mei 27, 2016

Resepi Tauhu Goreng Berlauk

Hidangan ini menggunakan tauhu telur dan tauhu keras biasa. Saya olah semula untuk dapatkan tekstur yang sedang-sedang. Tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan-bahan untuk inti atau 'lauk' tauhunya bergantung kepada kita. Tengok-tengoklah apa yang ada di dapur. Saya guna hirisan dada ayam dan kucai sebab masa tu tiada daun bawang dan daun sup di rumah.

Tauhu Telur Goreng

Khamis, Februari 11, 2016

Makoko Canapa

makoko canapa
egg in the hole
toad in the hole
bird in the nest
one eyed jack
egg in the frame


Inilah antara hidangan yang ada paling banyak nama julukan. Walhal, sebenarnya it's just toast and egg in the middle. Roti bakar dengan telur di bahagian tengah. Sekali-sekala, saya suka juga makan untuk sarapan. Pagi-pagi pancing selera dan mata dengan toast comel ini ok juga kan,..

Rabu, Januari 20, 2016

Resepi Omelette Muffin

Omelette merupakan antara hidangan sarapan yang simple, mengenyangkan dan sangat mudah penyediaannya. Resepi omelette boleh kita pelbagaikan. Bergantung pada apa yang ada di dapur. Selain daripada menyediakan omelette biasa, kita juga boleh buat omelette muffin. Comel-comel je. Kira individual size lah :)

Omelette Muffin

Selasa, Disember 08, 2015

Khamis, Oktober 29, 2015

Resepi Mudah Telur Bungkus

Semalam masak lauk sup cendawan. Nak lawan dengan apa ye? Nak masak sayur, dalam sup cendawan tu dah ada celery. Fikir punya fikir, buat telur bungkuslah. Ini version paling mudah. Super simple!

Bahan-bahan untuk inti:
  • 2 - 3 batang sosej (hiris nipis)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar sayur campur (mixed vege). Dalam freezer tak ada mixed vege, saya guna kacang pea je. Boleh juga jika nak guna lobak merah yang didadu. Ikut citarasa masing-masing :)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • beberapa helai daun limau
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air masak

Rabu, Oktober 07, 2015

Resepi Telur Goreng Berlada

Hidangan telur goreng berlada yang menjadi kegemaran keluarga saya. Mudah dan cepat disediakan. Rasa-rasa dah bosan makan daging atau ayam, kita beralih ke hidangan telur pula :)

Telur Goreng Berlada

Selasa, September 15, 2015

Nasi Goreng Telur Masin

Ini salah satu hidangan hujung minggu lepas. Kononnya mood cuti, mood santai hujung minggu. Malaslah nak masak. Lagipun, ahli isi rumah semua ada plan kat luar. Tak kalutlah nak sediakan meal
Niat hati nak makan apa ada jelah. Roti ke,..biskut ke,..Alih-alih menjelang tengah hari, perut dah menggigil lapar nasi! Nak tak nak, korek peti ais. Kemudian, kelentung kelentanglah saya di dapur. Huhuhuh demi sesuap err,..sepinggan besar nasi :)

Tattadaaaaaa! 
Nasi Goreng Telur Masin a.k.a Salted Egg Fried Rice 

Salted Egg Fried Rice

Selasa, Mei 19, 2015

French Toast Coklat

Sarapan ringkas untuk hari ni. French toast coklat. Konon-konon teringin nak makan something savoury  sweet.

French Toast Coklat

Mudah je nak menyediakannya. Buat bater telur seperti biasa, masukkan sedikit susu, perasakan dengan garam dan sedikit serbuk kayu manis. Kemudian masukkan beberapa sudu besar serbuk malt coklat seperti Milo, Vico atau Ovaltine. Kacau hingga sebati.

Panaskan frying pan. Letak sedikit mentega atau minyak canola. Celupkan roti hingga semua bahagian tersadur. Masak buat seketika hingga warnanya bertukar kecoklatan. Jangan bimbang. Yang coklat kehitaman tu serbuk malt coklat.

Rasa-rasa dah masak, angkat dan taburkan dengan sedikit gula perang atau sirap mapel sebelum dihidangkan. Yummmm yummmmm!


Sabtu, April 25, 2015

French Toast 2 Minit

Di rumah. Petang Sabtu tidak ke mana-mana. Hujan. Time hujan lebat begini, mulalah perut rasa menggigit minta diisi. Nak buat kerja apa pun jadi serba tak kena. Maka, terhasillah French Toast 2 Minit di dalam Mug saya :) 

French Toast in a Mug

Nak sediakan French Toast versi di dalam mug ni tersangatlah mudah. Yang penting kena ada microwave di rumah ye. Tak ada microwave, kita kena buat French Toast atas frying pan, the traditional way.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 - 4 keping roti (bergantung pada saiz mug). Saya gunakan 3 keping roti untuk 2 mug sederhana besar.
  • 1 biji telur 
  • 3 - 4 sudu susu segar. Susu yang bancuh pun tak mengapa. Asalkan dalam bentuk liquid. Jangan letak susu tepung pulak.
  • Serbuk kayu manis mengikut citarasa
  • Sirap mapel atau madu mengikut citarasa


Cara-cara Penyediaan:
  1. Potong dadu roti. Kalau malas, siat-siatkan dan masukkan ke dalam mug. Jangan mampatkan.
  2. Pukul telur, susu dan serbuk kayu manis hingga ketiga-tiganya tergaul sekata. Tuangkan adunan telur ke dalam 2 mug tadi sama rata. Tekan-tekan sedikit bahagian atas roti supaya potongan-potongan roti dapat menyerap adunan telur.
  3. Masukkan ke dalam microwave dan masak selama 1 - 1.30 minit. Masa bergantung pada kepanasan dan suhu microwave. Buat 1 minit dulu, keluarkan. Jika telurnya masih belum masak. Tambah 20 - 30 saat lagi.
  4. Setelah masak, taburkan sedikit lagi serbuk kayu manis dan curahkan sirap mapel atau madu. Nikmati dengan senyuman :)





Selasa, Disember 23, 2014

Layan Blues dengan Bislor


Hari ni seharian tak nampak matahari. Dari pagi gerimis tak berhenti. Sejuk-sejuk begini, nak buat apa pun tak ada mood. Macam nak berkelubung bawah selimut dan bobok je. Dalam pada tu risau juga, harap-harap boipren bernama Mr. Asthma tidak datang menjengah. Nafas dah mula acah-acah rasa sempit ni. 

Tengah blink-blink fikir apa nak buat, saya pun masuklah ke zon selesa kegemaran saya. My kitchen! Mata roaming cari apa nak buat untuk dimamam. Sebab mood tak berapa nak best, saya buat Bislor! Bislor i.e. biskut + telur ni ala - ala comfort food buat saya. Dulu-dulu kalau bad mood ke, demam, tak ada selera nak makan ke,..selalu rengek Cekebon buatkan Bislor. Ada orang suka makan biskut tawar dengan susu pekat dan Milo kan...haaa saya kurang gemar yang itu. Too sweet for me. Tapi kalau biskut dengan telur, saya tidak akan tolak!

Bislor untuk minum petang saya :)

Resepi Bislor Cekebon
Saiz hidangan: 1

  • 4 - 5 keping biskut tawar (pecahkan kepada dua atau empat)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 batang cili hijau (hiris serong dan buang biji)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak canola


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang dan cili hijau. Kemudian, masukkan biskut. Biar sehingga biskut soggy sedikit kena minyak. 
  3. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Tuangkan telur ke atas biskut. Biarkan seketika.
  4. Gaul rata. Agak-agak telur dah masak dan biskut dah lembik, boleh angkat.
  5. Makan begitu sahaja atau nikmati dengan sedikit sos cili.

Selamat Mencuba!


Selasa, November 15, 2011

Bislor - Biskut Telur Cekebon

Bislor? Apa kebendanya tu? Haa...ini lah antara makanan 'santai' yang ibu (sapaan manjaku buatnya - Cekebon) akan buatkan untuk kami adik-beradik bila balik rumah ibu. Nama 'Bislor' ni Angah yang bagi. Nanti sambil borak-borak di meja makan, ibu akan capai tin biskut, ambil telur dan buatkan hidangan 'Bislor' untuk kitorang.

Baru-baru ni aku demam. Tekak tu teringin pula nak makan 'Bislor' ibu. Dalam tak sedap badan tu, aku buat jugak. Simple je. Ambil beberapa keping biskut tawar - biskut fibre pun boleh. Pecah-pecahkan sikit. Panaskan 2 sudu minyak zaitun dalam kuali (jangan panaskan terlalu lama, nanti khasiatnya hilang). Masukkan 1 biji bawang besar dan 1 batang cili hijau yang dihiris nipis. Tumis sekejap.

Kemudian, masukkan biskut ke dalam kuali dan kacau. Pecahkan sebiji telur dan pukul bersama secubit garam dan lada sulah. Tuangkan ke atas biskut tadi - biar sekejap sehingga biskut jadi lembut dan telur masak.

Inilah hasilnya!

Terus kebah demam makan 'Bislor' hehehe... tapi kurang ummmphhhh sikit sebab aku pakai cili merah. Lari sikit rasanya. Kena pakai cili hijau jugak.

*Sedap makan sambil duduk depan TV atau nikmati dengan kopi O panas.