Memaparkan catatan dengan label Persediaan Syawal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persediaan Syawal. Papar semua catatan

Isnin, Jun 13, 2016

Tutorial Kraf Kertas - DIY Mudah Kad Hari Raya (Bubble Talk)

[Scheduled Post - Will be back on Tuesday, the 14th.]

Assalamu'alaikum,

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:

Tutorial yang seterusnya ini bertemakan bubble talk. Secara peribadi, saya kalau buat kad hari raya memang jarang guna imej masjid, ketupat atau pelita. Saya prefer kad yang simple, tak ada elemen raya sangat. Saja nak kelainan. Apa yang penting, titipan ucapan hari raya dan ingatan tu :)

DIY Kad Raya Bubble Talk ini pun konsepnya sama. Ringkas. Mudah dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan lebih kurang sama seperti tutorial-tutorial kad sebelum ini.  Di bawah, ada beberapa template yang boleh digunakan. [Save image dan cetak mengikut saiz yang diingini.]

Rabu, Jun 08, 2016

DIY Sampul Duit Raya

Sampul duit raya? Betul, kita nak buat sampul raya sendiri. Almaklumlah sekarang ni orang bagi angpau packets free dah tak semeriah dulu. Kita buat sendiri lagi bagus! Jimat pun jimat. Istimewa sedikit. Di bawah ini saya ada dua set rekaan sampul raya. Saja pilih tema ala-ala doodles. Something simple and sweet.


Set 1