Jumaat, Jun 09, 2023
Kentang Bakar Sos Cajun
Khamis, Februari 02, 2023
Kentang Ikan Bilis Air Asam
Hari ini memasak edisi menghabiskan apa bahan-bahan yang ada di dapur sebelum pergi shopping barang basah. Mula-mula ingat hendak buat lauk kentang berlada. Tetapi, macam tiada angin nak makan sambal berlada pula. Lebih kepada teringin lauk berkuah yang masam-masam.
Jadi, saya sediakan kentang ikan bilis air asam. Mudah, yang penting sedap! Kentang dan ikan bilis goreng, disimbah dengan air asam. Nikmati dengan nasi panas dan ulam-ulaman. Tentu-tentu bertambah nasi. 😂
Kentang Ikan Bilis Air Asam |
Resepi Kentang Ikan Bilis Air Asam
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 - 3 biji kentang. (Kupas kulit, bersihkan, potong dan goreng sehingga empuk.)
- Segenggam atau dua ikan bilis (buang kepala dan bersihkan)
- 1 labu bawang besar (dimayang atau dipotong bulat)
- 5 ulas bawang putih (dihiris) Saya suka lebihkan bawang putih.
- 7 batang cili api (dihiris). Saya belah dua sahaja cilinya. Andai tidak makan pedas, tidak perlu guna cili api.
- 1 cawan air asam jawa (Asam jawa dilarutkan dengan air.) Banyak mana kuantiti yang hendak digunakan bergantung kepada tahap kemasaman yang kalian inginkan.
- garam jika perlu
- minyak masak secukupnya
Langkah-langkah:
- Panaskan minyak, goreng potongan kentang dan ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan dalam lebih kurang dua sudu minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api.
- Masukkan air asam jawa. Jangan terus tuang semua. Agak-agaklah kemasamannya. Biarkan seketika hingga mendidih. Perasakan dengan garam jika perlu.
- Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, tuangkan kuah asam ke atas ikan bilis dan kentang hanya apabila lauk sedia untuk dihidangkan.
Ahad, Julai 11, 2021
Teringin Sambal Berlada Kentang
Beberapa hari yang lepas, saya masak lauk sambal berlada kentang untuk makan tengah hari. Rasa teringin sangat hendak makan juadah Minang yang satu ini. Apabila difikir-fikir, memang sudah lama saya tidak masak hidangan sambal berlada. Saya dan Bott asyik suka makan lauk berasaskan kicap je. Entah kenapa entah, kami jadi hantu kicap tiba-tiba. 😂
Kentang ada ... cili merah ada ... ikan bilis ada (ikan bilis dekat tapi jauh saya tu 😆), marilah buat lauk legend ini!
Isnin, Jun 14, 2021
Resepi Air Fryer - Ubi Bakar Cajun
Satu lagi resepi mudah untuk disediakan yang sangat sedap dibuat kunyah-kunyah, Ubi Bakar Cajun. Untuk resepi ini, saya menggunakan dua jenis ubi - ubi kentang dan ubi keledek oren.
Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Cuma ubi, sedikit minyak, beberapa ulas bawang putih dan rempah cajun secukupnya. Jika tiada rempah cajun, boleh ditukar kepada thyme atau rosemary. Tetapi, dah tak boleh panggil ubi bakar cajun lah ya.
Jumaat, Mac 19, 2021
Resepi Telur Dadar Ubi | Omelette with Potatoes
Gemar tak makan telur dadar untuk sarapan? Hidangan telur ini sangat mudah disediakan dan boleh kita pelbagaikan ramuannya mengikut selera. Antaranya tentu sahaja keju, hirisan tomato, hirisan kobis, lobak merah, jagung manis, bayam, sosej atau peperoni. Pilihannya tanpa batas, terserah selera.
Hari ini saya ingin kongsi resepi telur dadar ubi kegemaran saya. Saya menggunakan ubi kentang dan ubi keledek kuning. Kebetulan ada kedua-duanya di dapur. Selalunya saya akan buat guna ubi kentang sahaja. Kali ini biar bergabung keenakannya.
Sabtu, Disember 08, 2018
Idahoan Mashed Potatoes - Obat Demam
Makanya, punggah-punggahlah apa yang ada kat dapur. Intai-intai stok dalam almari. Jumpa instant mashed potatoes ni. Tinggal bancuh dengan air panas je. How convenient! Kebiasaannya, makanan instant begini jarang masuk rumah. Sekali-sekala jelah. Tu pun kalau si Cekengah pergi jalan-jalan shopping, terserempak benda begini. Teringin nak rasa atau teringat pada orang-orang di rumah, dia belilah sepek dua. Dan selalunya, bila dia beli, dia malas nak buat, jadilah rezeki saya 😀
Jumaat, Oktober 26, 2018
Kentang Bakar - Sedap Mudah Mengenyangkan
Resepi kentang bakar sangat mudah. Disediakan dengan menggunakan ramuan minima yang boleh didapati di dapur. Secara dasarnya, kita hanya perlukan:
- Kentang
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Sedikit minyak masak. Juga boleh digantikan dengan sedikit marjerin atau mentega.
Empat bahan di atas kira bahan asaslah. Selebihnya, kita enhance keenakan rasa kentang bakar dengan pelbagai bahan lain (mengikut cita rasa). Macam saya, kalau nak sesuatu yang mudah disediakan dan mengenyangkan, saya memang akan buat kentang bakar kegemaran guna empat bahan tadi je. Kentang bakar versi empat bahan ini juga sesuai untuk yang menjaga pengambilan kalori dalam pemakanan.
Jumaat, Jun 01, 2018
Resepi Air Fryer - Tauhu Bergedel
Isnin, Februari 05, 2018
Resepi Kentang Goreng Bawang
Ahad, Ogos 07, 2016
Resepi Ubi Goreng Berempah
Bahan-bahan yang diperlukan:
Isnin, September 21, 2015
Creamy Sweet Potatoes
Makanya,..tukar plan! Jadilah Creamy Sweet Potatoes.
Selasa, Jun 23, 2015
Resepi Mudah - Jejari Keledek Kayu Manis
Jejari Keledek Kayu Manis Yummy! |
Khamis, April 16, 2015
Jom Keledek Bakar
Keledek Jepun sedia untuk diproses :) |
Rabu, Mac 25, 2015
Ubi Cilembu Bakar
Sabtu, Januari 10, 2015
Resepi Mudah - Kentang Bakar Rosemary
Kentang Bakar Rosemary |
Bahan-bahan:
- Beberapa biji kentang. Bersihkan, potong memanjang. Jika nak lebih berperisa dan nak dapat khasiat kentang sepenuhnya, tidak perlu buang kulit. Untuk hidangan kali ini, saya kupas kulit kentang kerana nak leach; - rendam untuk kurangkan kandungan potassium. Jadi, Cekebon yang on low potassium diet boleh makan sama :)
- 2 - 3 sudu besar minyak zaitun
- 5 siung bawang putih (dititik dan buang kulit)
- beberapa tangkai rosemary
- garam secukup rasa
- sedikit parutan kulit lemon
Khamis, Januari 08, 2015
Stew Kubis Bunga dan Kentang
Stew Kubis Bunga & Kentang |
Selasa, Oktober 21, 2014
Resepi Mudah: Kentang Bakar Mustard
Bahan-bahan untuk kentang bakar |
Sedia untuk dibakar. |
Hidangan kentang bakar mustard. |
Jumaat, Oktober 10, 2014
Resepi Stew Kentang
Salam Jumaat! Pagi ini saya nak kongsi resepi stew kentang. Haaa,..siapa-siapa nak tukar selera, bolehlah cuba masak hidangan mudah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 biji kentang bersaiz sederhana (potong nipis dan goreng hingga empuk)
- 1 biji bawang besar (potong bulat)
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 butir bunga lawang
- 1 inci halia (hiris memanjang)
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu besar kicap pekat
- 3 - 4 sudu besar kicap manis
- 8 tangkai cili api (Bagi yang suka makan pedas. Kalau ada budak-budak nak makan, jangan letak, OK)
- 1 sudu teh tepung jagung
- sedikit air
- sedikit minyak masak untuk menumis
Langkah-langkah Penyediaan:
- Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang besar dan halia. Biarkan seketika.
- Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan cili api. Kacau kuah hingga sekata. Kemudian, masukkan kentang yang telah digoreng.
- Bancuh tepung jagung dengan beberapa sudu besar air. Masukkan dan tunggu hingga kuah memekat.
- Sedia untuk dihidang!
Isnin, Mac 10, 2014
Bergedil @ Bergedel Tuna
- 1 tin tuna
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 3 biji cili hijau (hiris)
- 4 biji kentang saiz sederhana besar (kupas kulit dan rebus)
- 1 - 2 biji telur
- 2-3 sudu besar jus perahan lemon
- garam secukup rasa
- 1 sudu teh lada hitam
- Minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng.
Cara penyediaan:
- Tuskan tuna. Masukkan ke dalam mangkuk sederhana besar. Hancur-hancurkan dan gaul bersama bawang besar, kentang yang telah direbus dan dilenyek dan cili hijau.
- Masukkan jus perahan lemon. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Tambah jus lemon jika ingin lebih masam atau lebihkan lada hitam jika suka.
- Kepal dan bulat-bulatkan ikut saiz yang dikehendaki. Padat-padatkan isi bergedel supaya tidak mudah pecah apabila digoreng.
- Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Kacau sedikit hingga kembang.
- Panaskan minyak. Celup bergedel dengan telur dan goreng hingga keperangan.