Baby butterhead salad with croutons |
Khamis, Oktober 27, 2022
Salad Ringkas Baby Butterhead dan Kruton
Sabtu, Januari 29, 2022
Kerabu Kulit Tembikai yang Rangup dan Mudah Disediakan
Minggu lepas, Bott beli tembikai. Kulitnya awal-awal kami asingkan, tidak dibuang sebab teringin hendak buat kerabu kulit tembikai. Bahan-bahan untuk menyediakan kerabu kulit tembikai ini tak banyak pun. Nak buat pun mudah. Alhamdulillah, puas kami berdua makan.
Jom intai resepi di bawah.
Hidangan Kerabu Kulit Tembikai |
Resepi Kerabu Kulit Tembikai
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kulit tembikai - dikupas kulit luarnya dan dihiris memanjang.
- 1 biji bawang besar dihiris
- 5-6 biji cili padi dihiris
- sebiji tomato dipotong dadu
- beberapa helai daun limau diracik halus
- sedikit perahan jus limau kasturi (*)
- sedikit air asam jawa (*)
- sedikit belacan (*)
- sos ikan (*)
- garam (hanya jika perlu)
Langkah-langkah penyediaan:
- Satukan hirisan kulit tembikai, bawang, cili padi dan tomato di dalam sebuah mangkuk.
- Masukkan perahan jus limau kasturi, air asam jawa, belacan, sos ikan dan racikan daun limau. Gaul sehingga semua bahan jadi sekata. Tambah garam hanya jika perlu kerana kita sudah guna belacan dan sos ikan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Tips untuk kerabu tembikai yang rangup dan menyelerakan.
- Untuk kulit tembikai rangup krup krap krup krap apabila dimakan, rendamkan kulit tembikai dengan ais dan setengah sudu kapur makan buat beberapa ketika. Andai rasa renyah hendak guna air kapur, boleh sahaja langkau proses ini. Kulit tembikai tetap rangup tetapi tak bertahan lamalah. Akan soggy sedikit.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dinikmati. Kerabu kulit tembikai ini lebih sedap dihidangkan dingin.
Selasa, Ogos 03, 2021
Kerabu Taugeh Kacang Botol
Kerabu taugeh kacang botol ini sebenarnya dah lama saya buat. Terperuk dalam draf. Hari ini kemas-kemas apa yang patut baru perasan ada beberapa entri resepi yang belum saya terbitkan lagi. Bagi penggemar kerabu atau urap, kalian akan suka hidangan ini. Dapat lauk kerabu sebegini, makan ratah begitu sahaja pun sedap! Kerangupan kacang botol dan taugeh segar memang akan buat suapan kita berulang.
Untuk kerabu ini, saya tidak menggunakan kerisik atau kelapa parut sangai. Sebaliknya, ramuan asas yang digunakan ialah ramuan untuk buat Sambal Matah Bali.
Lihat juga: Kerabu Jambu Batu
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3-5 biji bawang merah atau 1 labu bawang besar dihiris halus. Jika suka guna banyak bawang, boleh lebihkan sesuai selera.
- 5 ulas bawang putih dihiris halus.
- + 2.5 cm belacan.
- 2 batang serai dihiris halus.
- 5-7 helai daun limau, dibuang urat di tengah dan dihiris halus.
- Cili api segenggam kecil, dihiris halus.
- Segenggam taugeh
- Beberapa batang kacang botol, dihiris.
- 3-4 sudu besar minyak kelapa. Jika tiada, boleh sahaja digantikan dengan minyak canola, minyak bunga matahari atau minyak masak biasa.
- Garam secukup rasa jika perlu.
Selasa, Februari 11, 2020
Resepi Kerabu Kedondong
Beginilah rupa paras kerabu kedondong saya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 6-8 biji buah kedondong (isi dihiris memanjang). Jika nak guna lebih banyak pun boleh.
- beberapa biji bawang merah atau sebiji bawang holland (dihiris halus)
- segenggam kecil ikan bilis (disangrai/disangai - goreng tanpa minyak). Kalau nak goreng seperti biasa dengan minyak pun boleh, asalkan ikan bilis tu garing.
- beberapa helai daun limau (dihiris halus)
- 2 batang serai (dihiris halus)
- air perahan limau kasturi (secukupnya)
- garam secukup rasa
Isnin, September 16, 2019
Kedondong Reduced to Clear dari Tesco
Jumaat, Jun 16, 2017
Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat
Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat |
Selasa, September 29, 2015
Ahad, Jun 28, 2015
Khamis, Mac 26, 2015
Resepi Mudah - Kerabu Jambu Batu
Sebut tentang jambu batu, siapa pernah makan kerabu jambu batu? Jom cuba resepi mudah ni. Senang sahaja untuk membuatnya. Sedap ke tidak? Dap dap dap!
Kerabu Jambu Batu |
- 1 biji jambu batu (hiris nipis)
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- beberapa tangkai cili padi (hiris)
- 1 ulas bawang putih
- sedikit belacan
- 3 - 4 sudu besar kerisik kering/kelapa goreng
- garam dan gula secukup rasa
- perahan jus air limau nipis secukupnya
Langkah-langkah penyediaan:
- Tumbuk cili api bersama bawang putih dan belacan.
- Satukan dengan bahan-bahan lain. Masukkan air limau nipis mengikut kemasaman yang dikehendaki.
- Perasakan dengan garam dan gula. Gaul hingga semuanya sekata.
- Sedia untuk dihidangkan.
Khamis, November 06, 2014
Urap Pegaga
Urap Pegaga |
OK. Jom intai resepinya!
Resepi Urap Pegaga
Bahan-bahan:
- 2 - 3 genggam/ikat daun pegaga (dibersihkan)
- 1/4 - 1/2 biji kelapa parut yang disangai terlebih dahulu (Saya gunakan stok kerisik kering yang ada.)
- 3 biji bawang merah (mayang)
- Halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris halus memanjang)
- 7 tangkai cili padi (hiris). Kalau tak makan pedas, boleh kurangkan atau tak perlu letak langsung.
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit garam
- sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Tumiskan bawang merah, belacan dan halia hingga naik bau. Tambahkan sedikit serbuk kunyit.
- Masukkan daun pegaga. Masak hingga daunnya layu.
- Masukkan kelapa parut dan cili padi. Kacau hingga semuanya sebati. Perasakan dengan garam.
- Sedia untuk dihidang!
Isnin, September 08, 2014
Kerabu Perut Campak-campak!
Kerabu Perut |
Selasa, Ogos 19, 2014
Kerabu Taugeh dan Pegaga
Kerabu Taugeh dan Pegaga |
Maaf, kali ini tak boleh disertakan resepinya. Saya main campak-campak bahan ikut resepi kerabu taugeh yang terlintas di kepala. Then, tambahkan daun pegaga. Taugeh dan pegaga saya celur dalam air panas sekejap. Kemudian, tuskan dan cepat-cepat masukkan dalam air sejuk. Jadi, taugeh akan kekal rangup dan tidak terlalu lembik/lodoh. Since saya suka pedas, saya masukkan potongan cili api :) Ratah macam tu je pun sedappppp!
Selasa, Julai 15, 2014
Resepi Kerabu Bihun ala Thai
- Bihun lebih kurang 1/2 bungkus (celur tapi jangan sampai 'soggy', tuskan)
- 1 biji timun sederhana besar (buang empulur dan potong memanjang)
- 1 batang lobak merah (potong memanjang)
- 2 batang bunga kantan (hiris halus)
- 3 batang serai (hiris halus)
- 1 - 2 kiub tomyam (hancurkan sedikit). Boleh juga digantikan dengan 1- 2 sudu pes tomyam.
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 7 biji cili api (hiris halus)
- beberapa helai daun limau (saya tukar selera, guna daun pudina)
- jus limau kasturi secukupnya
- garam (jika perlu)
- 2 sudu besar minyak masak
- Panaskan minyak. Tumis bawang dan pes tomyam buat seketika hingga naik bau.
- Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan bihun yang telah ditus, lobak merah, timun, bunga kantan, serai dan cili api.
- Tuangkan bahan tumis tadi ke dalam mangkuk. Gaul semua sehingga sekata.
- Perasakan dengan jus limau kasturi dan garam.
- Taburkan hirisan daun limau.
- Sedia untuk dihidang!
Selasa, Jun 10, 2014
Resepi Salad Timun Mudah
Salad timun yang crunchy :) |
- 1 - 2 biji timun
- 1 biji lemon (parut kulitnya dan perah 1/2 biji lemon untuk dapatkan jus)
- 1 labu bawang besar (hiris)
- 1 sudu besar Extra Virgin Olive Oil (kalau tak ada, minyak zaitun biasa pun OK)
- 1 tangkai daun pudina
- beberapa helai daun limau (hiris halus)
- garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan timun dan bawang yang telah dipotong ke dalam mangkuk sederhana besar.
- Masukkan pula minyak zaitun, jus lemon (Jangan masuk kesemuanya sekali gus. Takut nanti terlebih masam pula.), parutan kulit lemon, hirisan daun limau dan daun pudina.
- Perasakan dengan garam. Gaul hingga sebati.
- Sedia untuk dihidangkan :)
Rabu, April 02, 2014
Kerabu Kubis
Sabtu, Mac 01, 2014
Kerabu Kaki Ayam
Selasa, Januari 31, 2012
Kerabu Mangga oh Kerabu Mangga
Bahan-bahan:
- 4 biji mangga muda - hiris nipis memanjang (boleh guna 'peeler' khas)
- 4 ulas bawang merah - hiris nipis
- 5 biji cili api - hiris nipis atau tumbuk hingga hancur
- 1 batang serai - hiris nipis
- 1 sudu besar gula
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 - 4 biji limau nipis - ambil jusnya
- 3 - 4 sudu besar kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar
- Garam secukup rasa - tidak perlu terlalu banyak garam kerana sudah menggunakan sos ikan.
Cara-cara:
- Masukkan hirisan mangga, bawang merah, cili api dan serai ke dalam mangkuk sederhana besar.
- Kemudian masukkan gula, sos ikan dan jus limau nipis. Gaul sehingga semuanya sebati. Perasakan dengan garam jika kurang masin.
- Akhir sekali taburkan kacang tanah sebelum dihidangkan.
Selasa, Disember 29, 2009
Resepi Salad Cili Hijau Tumis Mudah
Cili hijau sihat-sihat! |
Sedia untuk dipetik. |
Operasi memetik cili. |
Di bawah ini ada satu resepi mudah yang aku biasa buat tetapi maaf tidak dapat nak sertakan gambar.
Resepi Salad Cili Hijau Tumis Mudah
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Cili hijau secukupnya (10-12 batang)
- Lobak merah (dipotong halus-halus memanjang)
- 2 sudu minyak zaitun atau kalau nak ubah cita rasa boleh letak minyak bijan
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam
- 3 - 4 ulas bawang putih dicincang halus
Cara-caranya:
- Mula-mula cili hijau dipotong serong. Keluarkan biji cili.
- Kemudian, panaskan minyak, tumis bawang putih yang dicincang halus.
- Masukkan cili hijau tadi dan tumis seketika sebelum masukkan lobak merah.
- Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.