Jumaat, Mei 02, 2014

Panduan Ketika Membantu OKU Penglihatan

Kadangkala, apabila terserempak dengan golongan tunanetra ni, ramai yang tergerak hati untuk menghulurkan bantuan. Apalagi apabila insan istimewa tersebut ingin melintas jalan atau memerlukan bantuan tunjuk arah. Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan.

Jika mahu memimpin atau menuntun mereka:

  • Jangan sekali-kali mengambil atau menarik tongkat mereka. Segelintir daripada kita beranggapan bahawa cara paling mudah untuk menunjukkan jalan kepada golongan ini adalah dengan menarik/memegang mana-mana bahagian tongkat mereka (dgn niat mereka akan lebih senang menurut langkah anda). Sebenarnya, tindakan ini akan 'melemaskan' mereka. Tidak keterlaluan jika saya katakan akan membuatkan mereka panik. Tongkat umpama mata buat mereka. Jika kita gunakan mata untuk lihat lubang, tunggul, batu atau kayu,...mereka guna tongkat untuk kenal pasti semua objek ini. Jadi, apabila kita tarik tongkat mereka (tongkat tak cecah bumi), mereka tak dapat rasa apa-apa. Secara tak langsung, kita dah buat mereka rasa bimbang kerana tidak pasti dengan apa yang ada di sekeliling mereka.
  • Pimpin mereka dengan memegang bahagian siku atau lengan dengan lembut.
  • Jangan 'heret' atau 'tarik' mereka. Langkah kita tidak sama dengan langkah mereka. Jadi, sebaiknya, jalan beriringan dan biar mereka ikut 'pace' langkah mereka dengan selesa. 
  • Jika perlu, berikan arahan dengan jelas. Seandainya mahu belok ke kiri, nyatakan yang kita perlu belok ke kiri sekarang,.../lepas langkah longkang ni, kita akan belok ke kanan,...Ingat, yang ada mata untuk melihat tu kita dan yang kita pimpin tu tak tahu apa yang bermain di fikiran kita. Elok-elok jalan lurus, tiba-tiba kena heret ke kiri. Nanti tak pasal-pasal kita buat dia tersentak.

Mudah je kan? Membantu golongan ini memang amalan yang terpuji, tetapi biarlah kena dengan gayanya. Jangan niat kita nak menolong tetapi akhirnya memudaratkan mereka pula. 

*Panduan ini sekadar perkongsian berdasarkan pemerhatian dan pergaulan saya dengan insan-insan istimewa :) Semoga bermanfaat buat kita semua.




Soda Gembira Hari Pekerja

Hehehe air bandung soda je sebenarnya. Minggu lepas masa tengah borak-borak dengan Angah & Bott, tertimbul isu 'air soda gembira' yang kitorang minum di restoran Ieko. Masing-masing telan air liur sebab teringin nak minum air bandung + aiskrim soda. Kebetulan time tu cuaca tengah panas terik. Tapi, kat rumah tak ada susu cair dan air soda.

So, masa pergi marketing baru-baru ni, susu cair dan air soda jadi item teratas dalam shopping list Bott. Since semalam semua orang ada kat rumah, inilah air penghilang dahaga kami sambil tengok TV & layan internet :)

Rabu, April 30, 2014

Dimensional Tapes | Foam Stickers untuk projek Kraf Kertas yang Lebih Menarik

Selalunya apabila membuat kad ucapan atau scrap page, saya akan guna 'foam tapes/stickers' pada hiasan (embellishment) tertentu untuk dapatkan efek 3D. Jadi hiasan tersebut akan kelihatan seperti sedikit tertimbul pada permukaan kad atau kertas. Tidaklah simply flat on the surface :)

Dimensional stickers

Dimensional tapes/stickers ada dalam banyak bentuk. Ada yang dah siap-siap potong dalam bentuk pre-cut small squares, pre-cut circles dan macam-macam lagiJika tidak jumpa jenis yang sedia dipotong, beli sahaja mounting tape atau foam tape (lihat gambar sebelah kiri). Basically, cari apa-apa pita pelekat yang fungsinya seperti double sided tape tapi agak tebal. Ketebalan ini yang akan buat hiasan kraf kita ada efek timbul atau 3D.

Contoh penggunaan dimensional tapes/stickers dalam projek-projek cardmaking saya.

'Best Wishes'

Jalur hitam bertulisan putih 'Best Wishes' ditampal menggunakan dimensional tapes/stickers.

Kad hiasan 'With Love'

Sentimen 'With Love' kelihatan seolah-olah terapung kerana ditampal menggunakan foam tape.



Kekunci piano yang berwarna hitam di atas juga saya guna dimensional stickers supaya nampak lebih realistik.


Harga pita pelekat ini sangat murah. Mudah didapati di Mr. DIY dan kedai-kedai alat tulis seperti POPULAR. Jika kalian baru berjinak dengan cardmaking atau scrapbooking, pastikan pita ini antara keperluan asas yang kalian perlu ada.