Khamis, Julai 03, 2014

Resepi Sihat - Peria Katak Tumis Mudah

Saya memang suka peria katak. Selalunya akan buat jus peria katak dengan epal hijau atau lobak merah. Kadang-kadang je masak sebagai hidangan. Itupun saya makan seorang. Sebab kat rumah ni saya seorang je yang makan peria. Yang lain semua akan menyeringai buat muka pahit the moment saya mentioned 'peria'. Bott & Cekengah lagilah,..paksa minum air peria untuk kesihatan pun liat!

Resepi di bawah ni senang untuk disediakan. Cubalah! Menu sihat, rasa lazat!
Peria Katak Tumis
Bahan-bahan:
  • Beberapa biji peria katak (bersihkan, buang biji dan potong)
  • 3-5 batang cili kering (potong dua)
  • 3 siung bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak canola/minyak bunga matahari
  • beberapa tangkai daun kari

Langkah-langkah:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Kemudian, masukkan daun kari dan cili kering. Tumis sehingga daun kari garing dan naik bau.
  2. Masukkan peria, renjiskan dengan sedikit air untuk melembutkan teksturnya. Biarkan selama beberapa minit. Siapppp!
 Selain resepi ini, boleh cuba  Resepi Peria Goreng Berempah. Atau amalkan minum jus peria untuk kawal kandungan gula dalam darah.


Rabu, Julai 02, 2014

Andai Hari Ini Asaku Mati,..



Setiap perancangan Allah adalah yang TERBAIK untuk kita, malah jauh lebih baik daripada impian-impian kita.


Isnin, Jun 30, 2014

Dari Kebun - Pokok Pudina Aduka


Ini antara pokok pudina yang saya tanam. Saya ada empat pasu pokok pudina setakat ni di taman herba saya. Memang suka dengan daun pudina. Selalu guna untuk buat teh pudina, buat salad dan setiap kali makan laksa, saya akan petik daun pudina yang fresh untuk menambah rasa.

Cara nak tanam pokok pudina? Senang je. Ambil tangkainya, potong bahagian atas sedikit (untuk beri ruang pucuk baru tumbuh) dan cucuk je dalam pasu. Nak maintain pun senang. Pastikan cukup air. Rasa-rasa pokok tu dah menjalar-jalar, potong tangkainya dan cucuk dalam pasu baru. Kalau rajin, tanam balik dalam pasu-pasu kecil. Then, bolehlah beri pada jiran-jiran. Daun pudina ni boleh dikeringkan. So, tahan lebih lama. Nanti saya kongsikan caranya dalam kesempatan lain.

Oh, nama 'Pokok Pudina Aduka' ni sekadar propaganda je! Bukanlah spesies istimewa ke apa. Kisahnya, semasa saya sedang edit gambar ni, Cekebon (yang confirm-confirm muka tengah boring) datang masuk bilik.

"Kak, nanti mainkan ibu lagu 'Aduka'..." 

Lagu Aduka? Lagu baru ke? Pusing juga kepala saya cuba nak recall lagu apa yang Cekebon maksudkan. Hahahah! Rupa-rupanya Cekebon nak lagu Arjuna Beta, Fynn Jamal! Itu memang lagu favourite Cekebon sekarang nih ;) Aduka pun Aduka lah, Bon! So, secara tidak langsung, pokok pudina saya ni dapatlah tempias 'Aduka'nya.