Jumaat, Ogos 01, 2014

Buat Fridge Magnet Guna Huruf-huruf Sahibba

Projek petang tadi sebelum makan malam. Dah lama dah simpan tiles SAHIBBA ni. Baru hari ni rajin nak buat something yang boleh digunakan :)


Senang je nak buat. Perlukan magnet kecil dan multipurpose glue :) Insya-Allah, ada kesempatan, saya buatkan tutorialnya.







Rabu, Julai 30, 2014

Syawal 1435H - Peluang Bermanja Sama Bunda & Dede Rena

Salam 3 Syawal!
Apa khabar semua? Bagaimana sambutan lebaran kalian semua setakat ini?
Masih santap ketupat, rendang dan lemang?

Alhamdulillah, walaupun tahun ni saya beraya dengan kaki 'cemeh' sebelah (kaki kiri yang terseliuh belum pulih lagi), sambutan tahun ini besar ertinya buat saya. Actually, sambutan raya tahun ni kind of kami tundakan sedikit sehingga adik lelaki saya dan isterinya pulang dari London minggu hadapan. Tapi sementara tu, kami kat Malaysia ni berayalah juga dengan saudara-mara dan sahabat handai yang lain :)

Apa yang seronok+berertinya raya saya setakat ini,...disebabkan kesakitan saya ni, saya dapat bermanja-manja+mengada-ngada dengan Cekebon dan adik perempuan saya. Semua persiapan raya mereka berdualah yang bertungkus-lumus sediakan. Saya cuma duduk dan kerling-kerling dari jauh je. Diorang tak kasi gerak sangat. Hehehe apa yang saya perlukan semua sampai ke lutut.

Yang syoknya, ibu masakkan favourite dish saya, siapkan makan minum saya. Dah terbaliklah pulak. Patutnya saya yang sediakan semua itu untuknya. Macam tadi, Cekebon dah mula puasa enam. Tapi, siap sediakan roti telur goreng untuk saya bersarapan. Terharulah isk...isk...isk...

Cekengah pula susah-payah kemas katil dan buat tempat yang selesa untuk saya bobok di biliknya. Siap buat foot rest untuk letak kaki yang sakit. Saya nak air kopi panas, dia buatkan. Teringin nak air sejuk, dia ambilkan. Then, penat-penat diorang layan tamu yang datang bertandang, masih sempat lagi urutkan kaki saya yang sakit ni. Habis semua minyak panas, minyak sejuk, minyak tak panas keluar dan guna untuk urut saya. Thanks so much Cekebon & Cekengah! Syawal kali ni, Allah nak tunjuk pada saya kasih tak bersempadan mereka. Moga saya akan lebih menghargai dan menyayangi mereka ;) I love you both VERY MUCH!


Muka bosan Yuri! Dah berapa hari saya tak dapat layan dia main ;)



Selasa, Julai 29, 2014

Ingin aku jadi terbaik bagimu,..


Dah dengar lagu terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu? Besttt sangat! Saya sebenarnya kurang gemar dengan lagu-lagu Dato' Siti yang dimuatkan dalam dua tiga albumnya yang lepas. Bagi saya kurang menyengat. Tetapi, bila dengar Cekengah 'hum' lagu ni, terus jatuh cinta!

Lagu 'Terbaik Bagimu' merupakan gubahan komposer dari seberang, Ade & Jeje Govinda. Pada asalnya, lagu ini mengisahkan pengorbanan dan kasih seorang wanita yang tidak dihargai oleh kekasih/suami. Disebabkan Dato' Siti mahu lagu-lagu yang terkandung dalam album 'Fragmen' berkisar tentang perjalanan dan peristiwa hidupnya, lirik lagu ini telah diubahsuai supaya menjadi lebih personal. 'Terbaik Bagimu' menggambarkan seorang wanita yang sangat menyayangi si suami. Pada masa yang sama, dia merasakan dirinya masih belum cukup menzahirkan penghargaan dan kasih sayangnya.

Cubalah dengar. Touching juga :)

Lirik Terbaik Bagimu - Dato' Siti Nurhaliza
Ciptaan Ade & Jeje Govinda

Rasaku kamu ada
Di setiap sedih juga senangku
Rasanya kamu sudah
Menjadi bintang terang hidupku

Masih kurang rasaku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Dengan tenang

Rasaku kamu ada
Di saat senyum juga tangismu
Rasanya kamu sudah
Jadi yang terbaik bagi aku

Masih kurang rasaku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu


Nota Senyum: Inginkan chords 'Terbaik Bagimu'? Nanti saya usahakan ye :)


Kemaskini 3 Ogos 2014



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.