Khamis, Januari 01, 2015

Sarapan 1115

Selamat Pagi! Alhamdulillah, buka mata hari ni rasa excited sangat. Tahun baru, semangat baru, azam dan impian baru,... Baru nak feeling-feeling hirup udara segar pagi, perut dah berbunyi. Sekarang ni cepat sangat perut nyanyi OST minta makan! So, inilah quick breakfast saya untuk 1 Januari 2015.


Secawan kopi putih perasa hazelnut dengan dua biji roti coklat yang fluffy :) Jemput makan, semua. Apa rancangan kalian hari ni? Apapun yang dilakukan, jangan lupa untuk senyum. Enjoy your day!

Psst! Sambil kita berehat dan luangkan masa bersama yang tersayang, titipkan juga doa untuk mangsa-mangsa bencana alam di seluruh Malaysia. Moga keadaan mereka bertambah baik,..bertambah selesa.


Rabu, Disember 31, 2014

Mula Tulis Cerita Baru

Esok bermula halaman pertama untuk buku 365 muka surat kita yang baru. Buku 2015. 
Mula tulis sesuatu yang indah dan bermakna :)


Ini entri terakhir untuk tahun ni. 
Goodbye 2014. Alhamdulillah. It was a great wonderful year.


C.E.R.A.H

Matahari kembali senyum :)