Sabtu, Februari 28, 2015

Aiskrim Vanila Kari

Baru-baru ni saya tengok rancangan Chopped, salah seorang contestant-nya tabur serbuk kari atas aiskrim vanila untuk hidangan pencuci mulut yang dibuat. Saya macam, "Whatttt?! Serbuk kari?"

Semangat nak mencuba terus membuak-buka! Nak tahu juga rasanya bagaimana sebab juri yang adili hidangan tu kata best! Kebetulan, memang ada aiskrim vanila di dalam freezer. Apa lagi, mari kita coba!

Aiskrim Vanila Kari dengan Pretzel Mini
Inilah aiskrim vanila kari yang saya olah semula ikut apa yang ada. Hanya perlu beberapa scoop aiskrim vanila kegemaran kalian, taburkan dengan sedikit serbuk kari. Jangan terlalu sedikit, jangan pula terlalu banyak. Kita letak sedang-sedang aja supaya rasa rempah karinya tidak terlalu kuat dan tidak juga ditenggelamkan dengan rasa aiskrim vanila.

Rasa lemak manis vanila bergabung dengan spiciness rempah kari akan lebih ummmphhh jika ada sesuatu yang crunchy! So, saya letaklah sedikit pretzel mini. Nikmati dengan senyuman =)


Selasa, Februari 24, 2015

...hanya kerana kita sakit.

Hari ini, dah ke petang baru sempat nak menjenguk blog. Maaf ya adik-adik, kakak-kakak dan kawan-kawan, saya tak larat nak blogwalking atau balas komen. Kepenatan! Cuaca panas sekarang drained my energy out.

Got something to share today.

Sumber Imej: Pinterest

Betul kan? Hanya kerana kita berasa sakit, disakiti atau dianiaya, tak bermakna kita perlu lakukan perkara yang sama pada orang lain. Ketidakadilan dan kesakitan yang kita alami, tidak sewajarnya dilempiaskan pada orang lain yang tak berdosa.

Take care, semua! Enjoy the rest of your day!

Ahad, Februari 22, 2015

A Touch of Pink

A Touch of Pink. Itulah tema sambutan hari lahir saya baru-baru ini. Sebenarnya, entri ini lebih kepada nak berkongsi idea-idea on party preparations. Mana tahu, boleh beri inspirasi pada kalian untuk merancang sebarang keraian istimewa.

Tarikh: 19 Februari 2015
Tempat: Absolute Thai, Ikano
Masa: 11.15 pagi
The Party Planner: Dhila

Sebaik sahaja jejakkan kaki di restoran ini, kami dibawa oleh pelayan restoran ke satu bahagian restoran yang telah di-reserved. Masuk-masuk je,...nampaklah kelibat Uje dan my sister in law, Dhila tengah menanti dengan senyuman. Saya terus ternganga apabila nampak semua ni,...

Ohh ....