Jumaat, Julai 31, 2015

3 Cara Masak Adobo

Salam Jumaat! Pagi tadi,  intai search keywords blog ni. Phrase '3 cara memasak adobo' ni memancing perhatian. Mesti yang mencari merangka-rangka nak masak adobo kan...

Pagi 310715

Khamis, Julai 30, 2015

Kad Raya - Nana Liena yang Dirindui

Selamat tengah hari! Dah lunch ke belum? Hari ni cerita pasal kad raya lagi! Awal minggu ni dapat beberapa kiriman kad raya,...(senyum happy jap kat sini) dan yang ini datangnya daripada Nana Liena.

Ya Allah, rindu betul dekat adik yang seorang ni! Sibuk bebenar. Lama dah blognya tak berupdate. Diam menyepi tanpa khabar berita. Tup tup dapat kad raya! Gumbiranya!

GRAWLIX?!

Pernah dengar 'grawlix'?
Tahu tak apa itu 'grawlix'?

Well, this is grawlix.

Grawlix is @#$%&!

Haaa,...grawlix ni susunan characters yang kita tulis atau taip untuk menggantikan perkataan-perkataan kasar. Semua carut-marut, maki-caci-cerca yang mana kalau on air kena tooooot tu. 

Contohnya, penggunaan simbol-simbol seperti dalam bubble talk di atas. @#$%&! Secara automatik,  beri impression pada kita yang seseorang sedang tuturkan kata-kata yang kurang sopan/curse word. Itulah grawlix :)


Psssst! Nak tahu apa itu 'pangram'? Jemput baca di sini.