23 haribulan lepas, saya ada urusan di sekitar Kota Damansara. Selesai urusan, ended up di Giant, kononnya nak quench the thirst dan omnomnom sikit. Alang-alang dah sampai Giant, saya dan Bott masuklah ke dalam pasar raya. Saya nak cari T-shirt untuk Uje. Kebetulan, T-shirt Rock Express kegemaran adik bongsu saya memang ada dijual di situ.
Berbelanja di section pakaian, beli something untuk saya, Bott, Cekebon dan Uje, kami pun pergilah bayar. Total RM179.00. Rupa-rupanya hari itu, sempena Tahun Baru Cina, setiap RM68 yang kita belanja akan layak dapat 1 ang pau Giant. Ang pau ada isi tau! Kami dapat dua. Adik cashier yang peramah dengan senyuman manis suruh Bott pilih ang pau. Menurutnya, kandungan ang pau tak menentu. Ada yang dapat voucher,..ada dapat kupon diskaun untuk produk. Dengan excitednya, adik cashier tu cerita pada kami, earlier ada dua orang yang dapat voucher Giant RM100.