Jumaat, Disember 30, 2016

Chords Bila Benar Sayang - Bagindas

Pertama kali dengar lagu ini pada bahagian chorusnya, terus jatuh cinta! Lagu mellow begini, sesuai bangat untuk santapan pendengaran saya. Tenang je buat kerja sambil layan blues + mood jiwang. 😃  Video klipnya pun not bad. Kalau nak tengok, cari di Youtube ye.

Untuk kunci gitar Bila Benar Sayang ini, chords telah ditukar kepada C. Senang sedikit nak main compared to the original chords yang ada F#m, Gm dan Bm. Boleh kira easy chords lah kan. Oh, lupa,..ada Fm. Tapi jangan risau. Tak susahpun. 

Fm yang standard is a barre chord. Jadi, untuk beginner baru-baru nak lentur jari, saya cadangkan guna version yang paling simple, paling senang.

Rabu, Disember 28, 2016

Buat Sandwic Cendawan

Siapa suka sandwic cendawan? Sedap kan? Saya paling suka letak inti penuh-penuh dan padat. Nak buat pun mudah sahaja. Ikut citarasa masing-masing. Tak ada sukatan yang spesifik. Untuk inti sandwic cendawan di bawah, saya gunakan cendawan shitake, lada benggala hijau dan bawang besar. Saya lebihkan portion cendawan shitake dan hirisan bawang. Seasoning saya guna sedikit garam, serbuk lada hitam dan sos tiram.


Bersedia untuk 'dikapit' dengan roti :)

Mula-mula, hiris semua bahan. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Tumis bawang hingga naik bau dan caramelized. Masukkan pula cendawan dan lada benggala. Perasakan dengan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Alternatively, jika tidak mahu menggunakan sos tiram, boleh letak sedikit kicap bersama lada hitam, letak Worcestershire sauce atau BBQ sauce.

Hidangkan dengan roti pilihan yang dibakar dengan sedikit sapuan mentega. Selalunya saya makan begitu sahaja. Dah sedap dah! Jika suka, bolehlah tambah sos cili, mustard dan mayones. 

Ingin cuba resepi sandwic yang lain?

Selasa, Disember 27, 2016

Chords Segalanya - Haqiem Rusli (Easy Chords) OST Lara Cinta Ameena

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Lagu dan Lirik Segalanya - Haqiem Rusli (Easy Chords) 

OST Lara Cinta Ameena 



(Intro)
Am G F
Am G F


Am G F
Hampir pernah ku cuba sesali
Dm G C
Kerna telah memberikan segalanya
Dm G C Am
Siapakah diriku sebenarnya di hatimu
F E
Atau sekadar sandaranmu

(*)
Am G F
Saat ku mulai menyedari
Dm G C
Perasaanku tak pernah dipeduli
Dm G C Am
Salahkah diriku mengemis cinta darimu
F E
Apa ku tak punya harga